Terima Kasih Roketeers dan teruskan menyokong kami

Media Roket kini telah mencapai 12,000 like hanya dalam masa 4 hari, semua ini tidak akan terjadi tanpa sokongan anda semua!

Demam Piala Dunia Brazil 2014

Seluruh dunia kini tertumpu di negara Amerika Selatan itu dan menyokong pasukan yang diminati, kejutan demi kejutan terjadi kali ini, siapakah akan merangkul piala paling berprestij ini?

Doakan MH370

Sudah lebih 100 hari, pesawat malang itu masih hilang secara misteri. Seluruh dunia masih menantikan dan berharap supaya pesawat itu segera ditemui.

Ops Warta

PDRM kini memburu semua pesalah trafik yang masih belum membayar saman yang tertunggak lebih RM570 juta lebih 10 tahun dahulu

Yang Mana Satu Betul?

Kisah Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga pemain bola Aidil Zafuan masuh belum selesai. satu demi satu kenyataan dikeluarkan sehingga mengelirukan pelbagai pihak

Jumaat, 18 Julai 2014

(Gambar) Sekitar Kawasan Pesawat MH17 Terhempas


Kejadian MH17 memang mengejutkan semua pihak. Di laman sosial, pelbagai gambar yang didakwa diambil dari kawasan pesawat malang ini terhempas. Masih tiada berita tentang penumpang-penumpang dan krew dalam pesawat ini. 





Embedded image permalink



Khamis, 17 Julai 2014

Pesawat Malaysian Airline MH17 Terhempas (Video Awal)

sumber Youtube
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh 10 kilometer timur Ukraine, Menurut sebuah stesen berita Rusia, Interfax.
Pesawat Boeing 777 yang membawa kira-kira 280 penumpang dan 15 anak kapal terhempas berdekatan sempadan Rusia di Ukraine. 
Stesen berita Interfax melaporkan pesawat itu ditembak pada altitud 10 ribu meter, tetapi laporan itu masih belum disahkan. Interfax mendapat maklumat penasihat menteri dalaman mengatakan pesawat itu ditembak dari darat. 
Update

Malaysia Airline telah mengesahkan sudah terputus hubungan dengan MH17






Lagi Laporan Menyusul

Selasa, 8 Julai 2014

Bertudung Pula Tahun Ini

Tahun lepas trio ini menghiburkan kita dengan video lagu raya yang sangat menarik. Tahun ini mereka bertukar imej pula. Anda boleh lihat video diatas.

Isnin, 7 Julai 2014

Cikgu bermasalah






Sudah diketahui ramai mengenai video cikgu melawan guru besar di dalam video yang tersebar di media sosial (http://youtu.be/-cV8Xk8an3o), belum sempat video hangat itu reda timbul pula video yang baru mengenai guru yang sama.Cuma kali ini guru terbabit menengking anak muridnya dan rakaman di dalam video ini telah dirakam oleh salah seorang murid. Apakah pandangan anda mengenai guru tersebut? Apa tindakan yang sewajarnya perlu di ambil terhadap beliau?

Video yang di muat naik, memaki kaum Melayu. Apa pandangan anda?




Menyentuh isu perkuaman? Sepertimana yang di lihat dalam video di atas,individu terbabit di lihat sangat kurang ajar & biadap kerana tidak menghormati sensitiviti kaum dan agama lain. Jadikan ia sebagai ikhtibar pada kita semua.

Ahad, 6 Julai 2014

Makhluk Halus Juga Hendak Berhibur

Apa reaksi anda jika anda sedang seronok berkaroke dan berhibur bersama rakan-rakan, secara tiba-tiba makhluk halus muncul dan ikut berhibur sekali? Video di atas menunjukkan sebuah prank yang diaturkan oleh sebuah program di Indonesia, anda boleh lihat reaksi spontan mereka diatas. 

Carmen Soo Salah Orang ke?


Agak memalukan bagi seorang artis di industri hiburan kita kerana tidak dapat membezakan yang mana satu Biduanita Negara yang baru pergi, Allahyarham Sharifah Aini. 

Sabtu, 5 Julai 2014

(Al-fatihah) Anak Linda Rafar Meninggal

Anak Linda Rafar meninggal dunia


Lagi berita sedih pada hari sabtu ini, anak kepada Linda Rafar, Rezalman Keiflin 12, meninggal dunia.


Rezalman atau lebih mesra Memen, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perutnya sekitar April lalu dan menjalani rawatan di HUKM. 

Linda Rafar memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.



Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Memen, dan moga dia tenang disisiNya

Sumber sinar harian

DIY Makanan Versi Mini




Sebuah channel di Youtube menarik perhatian ramai kerana ia mengenai cara-cara "memasak" makanan versi mini. Channel itu berasal dari Jepun. dan mempunyai lebih sejuta pengikut.

(Al-Fatihah) Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia


sharifah aini

Industri hiburan tanah air hari ini kehilangan seorang lagi pertama berbakat besar. Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini,atau lebih mesti dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara,

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.


Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Al-Fatihah.




Sebelum ini Kak Pah ada menulis status yang sangat menyentuh hati. Marilah kita sama membaca dan menghayati kata-kata dari Biduanita berhati mulia ini.


Inilah pesanan Kak Pah:
Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!
Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada gunakanlah FB ini kearah kebaikkan untuk menjaga Silaturrahim untuk saling menasihati bukan untuk mengumpat menabur fitnah dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.
Begitu pantas masa berlalu 45 tahun saya bergelar anak seni .terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman pahit dan manis begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya  namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.
Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.”

Sumber Astro Awani

Rabu, 2 Julai 2014

(11 Gambar) Jalan Imbi Mendap



Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat berdekataan pusat beli-belah terkenal Berjaya Times Square runtuh menyebabkan laluan yang selalu sesak dengan kenderaan itu jerlus sepanjang 19 meter.  Laluan itu ditutup serta-merta dan perkhidmatan monorel dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi juga ditutup atas faktor keselamatan. Kejadian dikatakan berpunca dari paip SYABAS yang pecah namun pihak berkuasa masih menyiasat. MRT Corps menafikan sekeras-kerasnya runtuhan itu ialah sebahagian dari projek MRT Sg Buloh - Kajang. 



MRT Corp tanpa ragu-ragu ingin menyatakan bahawa jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui lokasi itu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.


Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan Jalan Imbi akan ditutup selama dua minggu mulai hari ini. Pengguna telah dilencongkan ke laluan alternatif lain. 
Foto



Ada juga yang mengubahsuai gambar jalan Imbi yang Jerlus itu dengan gambar-gambar fiksyen seperti King Kong, Godzilla, Optimus Prime dan sebagainya. 





\

Sumber gambar google

Isnin, 30 Jun 2014

(7 Gambar) Penjawat Awam Meninggal Dunia di Bazar Putrajaya


Seorang penjawat awam lelaki yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar meninggal di Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3, petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.45 petang tadi, Muhammad Kamal bin Salleh Hodin, 34, berasal dari Kluang, Johor dipercayai memanjat cerun ke bazaar dan melompat longkang besar.

Namun lompatannya gagal dan terjatuh lalu terhantuk di tebing longkang besar.

Pihak polis mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. 





Sumber MynewsHub

Rabu, 25 Jun 2014

Video : Kesan Khas Yang Awesome!

Sudah banyak kali diulang video ini, serta dipause untuk melihat kesan khas nya, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana dia melakukan semua ini dengan lancar. Tonton video diatas untuk melihat betapa awesome nya kesan khas nya!

Video : Inovasi dari Orang Kedah

Nampaknya beberapa orang dari Kedah telah mencipta satu cara baru dan mudah untuk memanjat pokok kelapa. Saksikan video diatas untuk melihat ciptaan menarik ini. Rasanya sudah boleh dikomersialkan. Semua monyet tidak perlu susah payah memanjat lagi selepas ini...

Tips Untuk Jimat Pada Ramadan Kali ini



Ramadan akan menjelma beberapa hari lagi. Di Malaysia bulan Ramadan dianggap sebagai bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. Dan bila nafsu makan mula menguasai diri, pelbagai juadah dibeli dan tidak dimakan dan pembaziran berlaku. Bukankah Ramadan ialah bulan untuk kita muhasabah diri kita? Untuk merasa semua kesusahan yang dialami orang yang tidak bernasib baik. 


1. Buka puasa di masjid/surau berdekatan rumah anda
- Masjid akan menyediakan juadah berbuka secara percuma kepada semua jemaah yang hadir dan selepas berbuka anda boleh bersolat berjemaah dan bertarawikh bersama. kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pahala kan?


2. Hadkan pembelian di Bazar Ramadan
- Mungkin ramai yang tewas bab ini, namun jika dilatih kita boleh berjimat. Hadkan duit perbelanjaan anda, dan bawa secukupnya seperti RM15 adalah had anda setiap hari, dan mungkin boleh dikurangkan kepada RM10 ( makan+manisan+air)

3. Memasak sendiri
- Masak sendiri juadah anda dirumah. Anda tak perlu risau tentang rasa,kebersihan, dan kita akan masak mengikut kuantiti yang diperlukan.

4.Elakkan berbuka di restoran mewah
- Cuba untuk tidak berbuka di restoran mewah. mungkin sekali dua boleh dilakukan,tetapi jangan sampai menjadi acara tetap. 

5. Minum air yang dibuat sendiri 
- Sebenarnya banyak kita dapat berjimat jika kita minum air yang dibancuh sendiri atau lebih senang minum sahaja air putih yang bagus untuk kesihatan. 

Yang penting bulan Ramadan ini ialah kita banyak beribadah dan jangan sakan membeli-belah untuk Aidilfitri. Jangan lupa tujuan asal bulan Ramadan ini.

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang Mulia ini!


A

Selasa, 24 Jun 2014

Malaysia Diserang Jerebu Lagi

Enam lokasi tidak sihat
Cuaca kering dan panas menyebabkan beberapa kawasan sekitar Semenanjung Malaysia mengalami jerebu dengan Index Pecemaran Udara tidak sihat di Putrajaya, Cheras, dan Banting dengan bacaan tertinggi 127 setakat pukul 5 petang tadi. Orang ramai dinasihatkan memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar serta minum air putih dengan banyak. Jerebu ini berpunca dari kebakaran terbuka di Sumatera dan ditambah dengan cuaca yang panas dan kering. Cubaan pembenihan awan hari ini gagal kerana cuaca yang sangat kering dan langit tidak berawan. 

Untuk melihat bacaan semasa IPU diseluruh Malaysia sila layari laman web ini 



Sumber gambar Harian Metro

Perkataan Lucah Atas Pakaian




Apa yang ingin disampaikan oleh mereka, masih menjadi tanda tanya. Mungkin perkataan tersebut memberi maksud yang berlainan kepada mereka? Tapi mengapa si perempuan memegang dibahagian tut.....

Gambar dijumpai di Instagram inparliament namun usaha mengorek lebih dalam hal ini tidak berjaya. banyak sudah dipadam.

Di Malaysia, ramai masih berfikiran konservatif dan tidak open-minded seperti mereka. dan jika ia bermaksud seperti yang kita umum fahamkan. mungkin tidak manis untuk dicop sebesar itu di atas t-shirt. 



Tapi bila difikirkan kembali, banyak lagi T-shirt  yang lebih dasyat designnya di jual di pasaran, tapi mungkin nasib mereka kerana berani untuk stand out dari yang lain. 


Sumber MyNewsHub

Jumaat, 20 Jun 2014

Rita Dedah Sikap Sebenar Aidil


Ekslusif dari Media Hiburan

Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya.
 
Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita.  Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.
 
"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian.  Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.
 
"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'.  Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan.  Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.
 
"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak.  Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain.  Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.
 
"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini.  Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.
 
"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," jelas Rita.
 
 
Bersumpah
 
Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.
 
"Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak.  Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.
 
"Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya.  Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya.  Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya.  Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).
 
"Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.  Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.  Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat.  Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya.  Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya," ujar Rita lagi.
 
 
Sebab Tak Balas Mesej 
 
Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.
 
"Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram.  Selepas hari keempat barulah saya muat naik.  Lepas tu, baru dia mesej saya.  Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.
 
"Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak.  Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.
 
"Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya.  Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.
 
"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya.  Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam.  Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil.  Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya," ujarnya lagi.
 
 
Sikap Zarema
 
Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.
 
"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain.  Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak.  Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.
 
"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin.  Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar.  Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.
 
"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak.  Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung.  Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan.  Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.
 
"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan," ujar Rita lagi.
 
Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.
 
"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya," kata Rita.
 
Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.
 
"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan.  Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya.  Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," ungkap Rita lagi.

Sumber dari Media Hiburan

Lukisan Dari Asap

Jim Dingillian telah menemui cara yang unik melukis iaitu menggunakan asap dalam botol. Mediumnya ialah asap jelaga dari lilin dan putik kapas. Dibawah ialah antara hasil karya Dingillian. Unik kan?


Setelah botol ditutup, jelaga itu akan kekal sebegitu. Ingin melihat banyak lagi karya Dingilian. boleh melawat laman webnya disini

Sumber Distractify.