Rabu, 25 Jun 2014

Tips Untuk Jimat Pada Ramadan Kali ini



Ramadan akan menjelma beberapa hari lagi. Di Malaysia bulan Ramadan dianggap sebagai bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. Dan bila nafsu makan mula menguasai diri, pelbagai juadah dibeli dan tidak dimakan dan pembaziran berlaku. Bukankah Ramadan ialah bulan untuk kita muhasabah diri kita? Untuk merasa semua kesusahan yang dialami orang yang tidak bernasib baik. 


1. Buka puasa di masjid/surau berdekatan rumah anda
- Masjid akan menyediakan juadah berbuka secara percuma kepada semua jemaah yang hadir dan selepas berbuka anda boleh bersolat berjemaah dan bertarawikh bersama. kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pahala kan?


2. Hadkan pembelian di Bazar Ramadan
- Mungkin ramai yang tewas bab ini, namun jika dilatih kita boleh berjimat. Hadkan duit perbelanjaan anda, dan bawa secukupnya seperti RM15 adalah had anda setiap hari, dan mungkin boleh dikurangkan kepada RM10 ( makan+manisan+air)

3. Memasak sendiri
- Masak sendiri juadah anda dirumah. Anda tak perlu risau tentang rasa,kebersihan, dan kita akan masak mengikut kuantiti yang diperlukan.

4.Elakkan berbuka di restoran mewah
- Cuba untuk tidak berbuka di restoran mewah. mungkin sekali dua boleh dilakukan,tetapi jangan sampai menjadi acara tetap. 

5. Minum air yang dibuat sendiri 
- Sebenarnya banyak kita dapat berjimat jika kita minum air yang dibancuh sendiri atau lebih senang minum sahaja air putih yang bagus untuk kesihatan. 

Yang penting bulan Ramadan ini ialah kita banyak beribadah dan jangan sakan membeli-belah untuk Aidilfitri. Jangan lupa tujuan asal bulan Ramadan ini.

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang Mulia ini!


A

Related Posts:

  • Video nike commercial yang sangat cool visual effects nya! Nike telah mengeluarkan video kommersial terbaru bagi tahun 2014 dengan menngunakan sentuhan visual effects yang sangat cool dan menarik perhatian ramai dengan menggunakan bintang bola sepak terkenal seperti Chirstiano … Read More
  • 10 tips memudahkan hidup anda dengan ketuhar micro Ketuhar micro dianggap keperluan di dapur. Kegunaannya yang amat mudah menyenangkan semua. Tahukah anda microwave juga mempunyai kegunaan lain selain memanaskan makanan. Di bawah terdapat 10 tips untuk memudahkkan kehid… Read More
  • Laksa antara makanan tersedap di duniaLaksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan Asia, keunikan sajian ialah hampir setiap negeri di Malaysia memiliki versi laksa tersendiri, Singapura juga mempunyai versi mereka sendiri. ada yang rasanya hampir… Read More
  • Antara Bilik Tercantik Di DuniaTerpegun dengan kecantikan dan keunikkan bilik-bilik ini. 1. Chalet Heinz Julen Penthouse di Zermatt, Switzerland 2. Bilik di celah batu menghadap kolam di Villa Amanzi di Thailand villaamanzi.com 3. Beranda d… Read More
  • 5 Pulau tercantik di Asia Di Asia ini, terdapat pelbagai pulau yang sangat cantik dan bersih. tidak perlu sampai ke Kepulauan French Polynesia untuk menikmati pantai pasir putih, air laut yang jernih dan permandangan yang indah. Ini adalah senar… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan