Selasa, 17 Jun 2014

Ops Warta : Polis Jejak Pesalah Trafik Mulai Jun



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta Isnin ini bagi mengesan pesalah trafik tegar di seluruh negara.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata sasaran utama operasi besar-besaran itu ialah pesalah yang enggan menyelesaikan saman trafik tertunggak berjumlah RM1.9 juta serta waran tangkap yang belum diselesaikan.

"Operasi kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau 'strobe light' tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya dalam Facebook PDRM pada Rabu.

Bagaimanapun beliau berkata operasi tidak akan membabitkan cermin gelap.

Operasi cermin gelap ditangguh sementara menunggu keputusan kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap oleh Kementerian Pengangkutan, katanya.

-- BERNAMA

Related Posts:

  • Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala ked… Read More
  • Terkini : Penumpang Cuba Merampas Pesawat Virgin Blue  Virgin Australia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bali selepas seorang penumpang mabuk cuba untuk merampas pesawat setelah cuba untuk masuk kedalam kokpit Tentera udara Indonesia mengatakan pasukannya meng… Read More
  • Hilang jari kerana telefon bimbit Seorang budak berumur 10 tahun dari daerah Dewas cedera parah apabila telefon bimbit miliknya meletup, dikatakan telefon bimbitnya buatan China, meletup dalam tangannya ketika sedang dicas. Kejadian ini berlak… Read More
  • Air mata ‘kekasih gelap’ Kuala Lumpur: Cinta membuta tuli terhadap kekasih ‘awang hitam’ membuatkan dua wanita tempatan sanggup menangis dan memaki anggota polis ketika kekasih mereka ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu di sekitar kawasan kondominium,… Read More
  • Akibat Tanah Mendap, Jalan Bukit Bintang Ditutup Gambar hiasan Jalan sepanjang 500m di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara Chulan Square ke Menara Worldwide akan ditutup kepada smua jenis trafik, kata Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) sdn bhd hari ini. … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan