Khamis, 22 Mei 2014

Berapa Kerap Anda Perlu Membasuh Seluar Jeans Anda? CEO Levi's Ada Jawapannya




Persoalan ini sudah lama diperdebatkan. Perlukah anda basuh seluar jeans anda?
Ketua Pegawai Eksekutif Levi's Chip Bergh memberi jawapan kepada persoalan hangat ini.
Berapa kerap anda patut basuh seluar jeans anda?

TIDAK PERLU BASUH LANGSUNG
"Kami cuba untuk mendidik pengguna" Kata Bergh kepada Majalah Fortune Andy Serwer. 
Berkata tentang jeans yang sedang dipakainya yang sudah berusia setahun. Bergh berkata ia belum berjumpa dengan mesin basuh. 
"Saya tahu kita dengar jeans tak perlu dibasuh langsung sangat menggelikan tetapi itu lah hakikatnya. Anda boleh membersihkan bahagian yang kotor sahaja atau jemur diluar untuk membuang kelembapan. Tak perlu dicampak ke dalam mesin basuh. Dan jangan risau, saya belum dijangkiti penyakit kulit atau penyakit lain. "
"Jika anda berbual dengan peminat tegar jeans, mereka akan memberitahu anda, tidak perlu mencuci jeans anda , hanya cuci dibahagian yang kotor dengan span dan berus gigi. "
Semalam Levi's menyambut ulang tahun ke-141 Levi's 501 jenas. 
Sumber MalaysianDigest

0 ulasan:

Catat Ulasan