Terima Kasih Roketeers dan teruskan menyokong kami

Media Roket kini telah mencapai 12,000 like hanya dalam masa 4 hari, semua ini tidak akan terjadi tanpa sokongan anda semua!

Demam Piala Dunia Brazil 2014

Seluruh dunia kini tertumpu di negara Amerika Selatan itu dan menyokong pasukan yang diminati, kejutan demi kejutan terjadi kali ini, siapakah akan merangkul piala paling berprestij ini?

Doakan MH370

Sudah lebih 100 hari, pesawat malang itu masih hilang secara misteri. Seluruh dunia masih menantikan dan berharap supaya pesawat itu segera ditemui.

Ops Warta

PDRM kini memburu semua pesalah trafik yang masih belum membayar saman yang tertunggak lebih RM570 juta lebih 10 tahun dahulu

Yang Mana Satu Betul?

Kisah Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga pemain bola Aidil Zafuan masuh belum selesai. satu demi satu kenyataan dikeluarkan sehingga mengelirukan pelbagai pihak

Sabtu, 26 April 2014

Air mata ‘kekasih gelap’

Kuala Lumpur: Cinta membuta tuli terhadap kekasih ‘awang hitam’ membuatkan dua wanita tempatan sanggup menangis dan memaki anggota polis ketika kekasih mereka ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu di sekitar kawasan kondominium, di Taman Connaught, Cheras, di sini awal pagi semalam.
Seorang daripada wanita tempatan itu dipercayai janda serta menguruskan perniagaan restoran yang biasa dikunjungi warga Afrika manakala seorang lagi wanita pula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Nigeria. Masing-masing berusia 20 dan 40 tahun.
Dalam Ops Tiong Bersepadu yang dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga 7 pagi itu, 26 lelaki dan empat wanita warga Afrika ditahan manakala seorang wanita tempatan pula dibebaskan selepas disoal siasat kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan Imigresen.

Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, wanita tempatan biasanya dipercayai dipergunakan kekasih awang hitam untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan mereka terjebak.



ANTARA 26 lelaki warga Afrika yang ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu, awal pagi semalam.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).-myMetro



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara selain mencari peluang “perkongsian bersama”.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada kira-kira jam 4.50 petang.


Ini merupakan lawatan julung kali oleh Presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966. Ia merupakan sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia.

Hadir menyambut Presiden AS ke-44 itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Duta Malaysia ke AS, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Khairy Obama
Kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengiringi Presiden Amerika Syarikat sejurus tiba- Foto AP


Pada sebelah malamnya, Obama menghadiri Majlis Santapan Negara di Istana Negara.

Beberapa jam sebelum ketibaan Obama, kelihatan pasukan keselamatan termasuk polis, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan pegawai perisikan dilihat membuat pemeriksaan rapi di beberapa lokasi dimana Obama dijadualkan mengunjungi.

Kali terakhir lawatan presiden Amerika Syarikat ke Malaysia adalah pada tahun 1966 dimana ketika itu adalah presiden Lyndon Johnson, ketika Amerika Syarikat sedang berusaha meraih sokongan serantau dalam Perang Vietnam.

Lawatan dilihat Putrajaya sebagai usaha untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala terutamanya dalam bidang “ekonomi, keselamatan dan hubungan antara rakyat”.

Bagaimanapun Obama berhadapan tekanan daripada beberapa kumpulan hak asasi, demokrasi dan agama dalam beberapa isu.

Antara yang menjadi topik perbincangan khusus adalah berkaitan Perjanjian Bebas Perkongsian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Namun TPPA telah awal-awal lagi menerima tentangan daripada beberapa kumpulan di negara ini dengan alasan ia akan memberi kesan negatif kepada harga ubat-ubatan, pencabulan kedaulatan negara dan bertentangan dengan hak keistimewaan bumiputra.

Lawatan Obama di tengah-tengah kebimbangan kebangkitan China sebagai kuasa serantau dan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370.

Esok Obama akan mengunjungi Masjid Negara pada sebelah pagi, meskipun mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan yang menggelar Obama sebagai “musuh Islam”.

Ini disusuli pertemuan peringkat tertinggi pemimpin kedua-dua negara di antara Obama dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, Putrajaya.

Satu sidang media bersama dijangka diadakan selepas pertemuan itu.

Obama dan Najib kemudiannya akan merasmikan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) sebelum mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda Asia Tenggara di Universiti Malaya dan beberapa pemimpin masyarakat.

Obama dilaporkan menginap di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur sebelum berangkat ke Filipina Isnin  bagi melengkapkan rangka lawatannya ke Asia.

Obama sebelum ini mengunjungi Jepun dan Korea Selatan.

Beliau sepatutnya mengunjungi Malaysia tahun lalu tetapi terpaksa dibatalkan ekoran krisis penutupan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat.-AstroAwani

Bekas Jurulatih Barcelona Meninggal Dunia

Bekas jurulatih Barcelona, Tito Vilanova telah melawan kanser sejak 2011, dan semalam jurulatih tersebut telah meninggal dunia. 

Hasil Seni Eksklusif Saiful Nang Dijual Untuk Kebajikan Anak Yatim

Niat murni seorang jurugambar terkenal, Saiful Nang menjual hasil karyanya yang eksklusif harus dipuji. Tidak ramai manusia yang sanggup memberi semua keuntungan hasil karya mereka untuk kebajikan anak yatim. 


Saiful Nang telah berkunjung ke Tanah Suci dan mengambil gambar-gambar pemandangan sekitar Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan banyak lagi sekitar Tanah Suci. Beliau telah mencetak hasil karyanya dalam pelbagai jenis dan saiz. Serta menggunakan kertas dan bingkai kualiti tinggi yang tahan lama untuk kepuasan peminat hasil karyanya.  Cetakan gambarnya juga ditanda tangan Saiful Nang sendiri  yang membuatkannya lebih eksklusif. 

Saiful Nang berkata hasil jualan akan digunakan untuk membangunkan sebuah sekolah anak yatim dan asnaf dan berharap dapat memberi pendidikan terbaik untuk mereka.


Video dibawah menunjukkan Saiful Nang memberikan maklumat mengenai hasil karyanya dan menunjukkan serba sedikit hasil cetakan yang sudah dibingkaikan.

Orang ramai boleh berkunjung ke Galeri CS di Puchong yang terletak bertentangan dengan IOI Mall dan membeli hasil karya yang indah ini sambil menderma kepada anak yatim.


Ia dibuka setiap Sabtu Ahad dan boleh menghubungi Galeri CS di 0380766878 atau En Zaidi 0122305161 (Whatsapp) 

-Artikel dari MediaRoket

Video nike commercial yang sangat cool visual effects nya!





Nike telah mengeluarkan video kommersial terbaru bagi tahun 2014 dengan menngunakan sentuhan visual effects yang sangat cool dan menarik perhatian ramai dengan menggunakan bintang bola sepak terkenal seperti Chirstiano Ronaldo, Neymar, Wayne Rooney, Diego Iniesta dan lain-lain.

Jumaat, 25 April 2014

Antara Bilik Tercantik Di Dunia

Terpegun dengan kecantikan dan keunikkan bilik-bilik ini.



1. Chalet Heinz Julen Penthouse di Zermatt, Switzerland

Chalet Heinz Julen Penthouse overlooking Zermatt, Switzerland

10 tips memudahkan hidup anda dengan ketuhar micro





Ketuhar micro dianggap keperluan di dapur. Kegunaannya yang amat mudah menyenangkan semua. Tahukah anda microwave juga mempunyai kegunaan lain selain memanaskan makanan. Di bawah terdapat 10 tips untuk memudahkkan kehidupan harian anda.

Terkini : Penumpang Cuba Merampas Pesawat Virgin Blue

 Virgin Australia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bali selepas seorang penumpang mabuk cuba untuk merampas pesawat setelah cuba untuk masuk kedalam kokpit

Tentera udara Indonesia mengatakan pasukannya mengiringi pesawat Boeing 737-800 tersebut setelah juruterbangnya melaporkan percubaan untuk merampas ketika berlepas dari Brisbane.

Jurucakap Virgin Australia berkata, satu sistem kecemasan telah berbunyi apabila seorang penumpang yang dipercayai mabuk cuba mengetuk pintu secara agresif. 
Seorang lelaki berusia 28 tahun, pihak berkuasa mengesahkan identitinya sebagai Matt Christopher dari Australia sudah digari dan dipaksa untuk duduk di kerusi penumpang paling belakang.

Mid-air terror: Armed police guard a Virgin Australia passenger jet which was forced to land at Bali airport after a drunk passenger tried to storm the cockpit on its way from Brisbane
Pihak berkuasa mengawal ketat pesawat  tersebut
Emergency: A Virgin Australia official said the alert was sparked by an drunk passenger who was acting aggressively and slammed on the door of the cockpit

This Instagram image reportedly shows the Virgin Blue passenger jet after it was forced to land in Bali following suspected hijacking
Gambar Instagram menunjukan pesawat tersebut telah mendarat


Drama: An Indonesian air force spokesman said troops had boarded the plane after it landed in Bali





Sumber DailyMail UK

TERKINI!Pesawat Virgin Blue Dirampas

A Virgin passenger plane has been hijacked on its way to Bali from Brisbane, it was reported todaySebuah Pesawat Virgin Blue dari Brisbane telah dirampas, menurut kenyataan tentera udara Indonesia

"Kami mendapat laporan bahawa sebuah pesawat 737-800 dari Brisbane ke Bali telah dirampas." kata jurucakap tentera udara Indonesia. Hadi Tjahjanto kepada Indonesia Metro TV.

Kenyataan rasmi dari Metro TV Indonesia mengatakan seorang penumpang cuba untuk masuk ke dalam kokpit dan ia dianggap sebagai percubaan untuk merampas.

Masih tidak diketahui ia telah dipaksa untuk mendarat atau telah diiringi jet pejuang supaya ia mendarat ke Bali.

Location: The Virgin Blue jet was forced to land at Bali airport after being hijacked en route from Brisbane







TERBARU

Semua penumpang pesawat Virgin Blue AV 41 tidak mengalami apa-apa kecederaan dan sedang mengosongkan pesawat.


Menurut jurucakap Virgin, sorang penumpang didakwa mabuk cuba untuk masuk ke dalam kokpit dan dan juruterbang klassifikasi sebagai cubaan untuk merampas

Penumpang berkenaan sudah ditahan polis.

Staf MAS menjadi Tebusan Di Beijing

Sources close to The Mole said MAS employees were held at the Lido Hotel in Beijing for a few hours/Google Images

10 staf Malaysia Airlines(MAS) telah dijadikan tebusan di dewan Hotel Lido yang terletak di Beijing lebih dari lapan jam oleh keluarga mangsa pesawat hilang MH370.

Akibat Tanah Mendap, Jalan Bukit Bintang Ditutup


Gambar hiasan



Jalan sepanjang 500m di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara Chulan Square ke Menara Worldwide akan ditutup kepada smua jenis trafik, kata Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) sdn bhd hari ini.

Khamis, 24 April 2014

BMW Malaysia telah melancarkan 2014 F22 BMW 2 Series Coupe pada bulan April 2014.

BMW Malaysia telah melancarkan 2014 F22 BMW 2 Series Coupe pada bulan April 2014. Model BMW 2 Series ini dikeluarkan sebagai pesaing bagi Mercedez Benz CLA Class dan Audi A3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi oleh Audi.

Buat masa kini, model BMW 2 Series yang dijual oleh BMW Malaysia hanyalah model 220i Coupe dengan harga RM259,800.00. Walaubagimanapun di pasaran luar Negara, BMW turut mengeluarkan model 218d, 220d, 225d, 220i, 228idan M235i. Harga yang diletakkan tidak jauh beza dengan BMW 1 Series 125i Msport pada harga RM253,800.00 dan 3 series 320d Modern pada harga RM 248,800.00.
Spefikasi BMW 2 Series Coupe adalah seperti berikut








Filem akan datang wajib tonton (Mei)



Bermula Mei, Hollywood akan mula menayang filem blockbuster dan musim ini dikenali sebagai summer movies . Filem berskala besar seperti Avengers, Ironman selalunya akan ditayangkan ketika ini. Dan tahun ini tidak ketinggalan mereka akan mula menayangkan filem seperti Spiderman 2, Edge of Tomorrow dan paling dinantikan Godzilla.

Hilang jari kerana telefon bimbit








Seorang budak berumur 10 tahun dari daerah Dewas cedera parah apabila telefon bimbit miliknya meletup, dikatakan telefon bimbitnya buatan China, meletup dalam tangannya ketika sedang dicas.






Maxis menawarkan Trade-in dan dapatkan iPhone 5s dari RM0

Anda mempunyai iPhone 4/4S, Samsung Galaxy S3  atau Note 2? Dan anda inginkan iPhone 5s? Maxis mengumumkan satu program trade in , memboleh anda menukar  iPhone 4/4S, Samsung Galaxy S3  atau Note 2 anda dan membeli iPhone 5s dengan harga diskaun atau percuma! 

Abang Long Fadil - Spin off dari KL gangster



Siapa tak kenal Abang Long Fadil, rakan baik Malik dalam KL Gangster lakonan Zizan. Tak sangka dia akan mempunyai filem sendiri. Filem ini lakonan Zizan, Tauke, Yassin, Sofi Jikan, Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan ramai lagi, Arahan Shafiq Yusof. Saksikan trailer pertamanya dibawah. Apa
yang penting ia akan ditayangkan pada 29 Mei ini.






Fiza muatnaik gambar Adam - Tanda hubungan sudah kembali pulih?

Semua orang sudah mengetahui isu rumahtangga Adam dan Fiza yang dikatakan bergolak dan Fiza sudah memfailkan penceraian di mahkamah. Fiza juga telah meluahkan rasa terkilan kerana masyarakat dikatakan menuding jari kepadanya tanpa mengetahui cerita sebenar. Adam juga menutup mulutnya tidak memberi apa-apa komen mengenai isu ini.


Namun semalam di profil Instagram Fiza sendiri, dia memuatnaik gambar Adam yang nampaknya sedang dalam mesyuarat dan mengucapkan selamat malam kepada suaminya itu. Adakah itu tanda hubungan sudah pulih?



Fiza Muat Naik Foto Adam Di Instagram, Hubungan Pasangan Selebriti Ini Sudah Pulih?

Dilihat juga pelbagai komen positif diberikan peminat mendoakan kebahagian mereka. Syukur jika hubungan mereka sudah pulih dan kita harapkan hubungan mereka akan kekal hingga akhir hayat. 

Sumber Ohbulan

Pilihanraya Bukit Gelugor 25 Mei ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei dan penamaan calon akan ditetapkan pada 12 Mei ini. 
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, seramai 82,431 pengundi akan akan mengundi melibatkan 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi luar dan 28 pengundi tidak hadir luar negara. 
Tarikh pengundian awai ialah 21 Mei, dan Dewan Sri Pinang Georgetown akan menjadi pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. 
"Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka iaitu 17 pusat mengundi biasa dan 4 pusat mengundi awal," katanya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
 PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh, 73, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang

Sumber MalaysiaKini

Pesawat Firefly pula terpaksa berpatah balik





Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang, 15 minit selepas belepas pagi ini disebabkan masalah teknikal.

“Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 minit, kapten mengumumkan kami berpatah balik.

"Roda pesawat tidak boleh disimpan semula selepas berlepas,” kata penumpang Phuah Kylie kepada Malaysiakini pagi ini.

Semakan dengan petugas kaunter Firefly Pulau Pinang mengesahkan bahawa pesawat itu ditukar ditukar dengan pesawat lain memandangkan baikpulih tidak boleh dilakukan dalam masa ditetapkan.

Penumpang pesawat penerbangan FY1002/MH9948 dipindahkan ke pesawat lain selepas menunggu selama kira-kira satu jam di lapangan terbang tersebut, dan berlepas pada jam 8.50 pagi.

Pesawat yang baru ditukar itu tiba di Kota Bharu sejam kemudian.

Sumber MalaysiaKini

BMW memperkenalkan BMW 420i Coupe


BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan BMW 420i Coupe semalam, 
Dengan harga RM299,800, BMW 420i Coupe akan mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai negara nombor satu dalam penjualan kereta berjenama premium. 
Ketua Pegawai Eksekutif, Gerhard Pils berasa yakin BMW 420i akan terus memberi kepuasan kepada pemandu serta akan memberi dinamik luar biasa dan keselesaan untuk memandu kepada pelanggan di Malaysia. 
"Model baru BMW 420i Coupe akan memberi pelbagai rangkaian coupe untuk pelanggan menikmati nikmat sebenar sebuah kereta premium dua pintu," katanya dalam satu kenyataan.

BMW 420i yang terbaru ini ditawarkan lima warna iaitu alpine white, black sapphire, midnight blue, mineral grey and leather dakota black. 
Sumber Bernama

Bible diharamkan di semua hotel di Pahang

Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) telah mengharamkan semua hotel di Pahang untuk meletakkan sebarang bahan bacaan agama selain dari Islam didalam bilik hotel mereka. 
Menurut Timbalan Pengarah MAIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, surat berkenaan pengharaman itu telah dihantar ke 147 buah hotel di Pahang sejak 6 Mac lalu dan siapa yang melanggar peraturan itu akan didakwa.
 " Surat larangan telah dikeluarkan di bawah Akta Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Antara Islam Enakmen 1989, selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan." 
" Dengan itu orang bukan Islam atau pengurusan hotel dilarang meletakkan Bible atau sebarang bahan bacaan atau dokumen berkaitan dengan agama lain selain Islam di bilik bacaan awam, dan terutamanya di bilik hotel. Jika terdapat bahan bacaan atau dokumen tersebut diminta dikeluarkan dengan segera"
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat persediaan untuk Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang akan diadakan disini dari 1 ke 4 Mei. 

Beliau juga berkata tindakan meletakkan bahan bacaan tersebut akan secara tidak langsung cuba menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam. 
Beliau juga berkata, jika terdapat sesiapa yang melanggar larangan ini akan didakwa di mahkamah dan akan berdepan denda sehingga RM5000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Sumber Bernama


 

G Pad – Sarung Silikon Mengubah iPhone Menjadi Gameboy




Kemampuan memproses telefon pintar di tangan anda adalah 850 kali ganda lebih berkuasa dari komputer yang digunakan untuk mendaratkan Lunar Module di permukaan bulan pada tahun 1969. Majoriti peranti mudah alih di tangan anda juga jauh lebih berkuasa dari konsol PlayStation 2. Jadi tidak mengejutkan terdapat banyak emulator yang membolehkan anda memainkan semula permainan lama pada peranti terkini anda. Masalahnya permainan konsol lama ini tidak dicipta untuk digunakan pada peranti sesentuh. Akibatnya ianya sukar dikawal dan tidak responsif. Kes terbaik ialah permainan Grand Theft Auto III edisi iPad yang kami mainkan langsung tidak menyeronokkan kerana sukar dikawal. Aws Jan ialah pembangun aplikasi emulator GameBoy GBA4ios. Beliau menyedari anak beliau mempunyai masalah mengawal watak permainan GameBoy yang di main pada peranti iPhone beliau. Oleh itu beliau mendapat idea untuk menghasilkan sarung khas bagi mewujudkan butang fizikal yang lebih mudah ditekan yang diberi nama G Pad. G Pad diperbuat daripada silikon dan dengan mudah boleh disarungkan pada5, 5C , 5S , iPod generasi ke 4 dan iPad Mini. Kelebihan G Pad ialah ia tidak memerlukan bateri dan tambatan secara Bluetooth seperti kebanyakan aksesori permainan iPhone yang ada di pasaran. Harga jualan ialah sekitar RM 44.

Rabu, 23 April 2014

Lagu tema Piala Dunia FIFA 2014 Brazil


Lagu tema Piala Dunia FIFA Brazil 2014. Yang mana menjadi pilihan anda?

(Video) Bayangan hantu menolak bola ke tiang gol?


ghost

Penonton bola sepak dikejutakan dengan bayangan seperti hantu berlari kearah penonton ketika menonton satu perlawanan di Bolivia

Laksa antara makanan tersedap di dunia

Laksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan Asia, keunikan sajian ialah hampir setiap negeri di Malaysia memiliki versi laksa tersendiri, Singapura juga mempunyai versi mereka sendiri. ada yang rasanya hampir serupa ada yang lain sama sekali. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan tersendiri.

Telefon Pintar OnePlus One Diperkenalkan Secara Rasmi

OnePlus sebelum ini telah mempromosikan dan hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar mereka. Hari ini, secara rasminya mereka telah pun mengumumkan telefon pintar baru mereka yang dinantikan ramai itu.

OnePlus One dilihat menggunakan kerangka berasaskan Magnesium, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri berkapasiti 3100mAh.
Secara kasarnya, dari segi spesifikasi, telefon pintar OnePlus One ini dilihat ingin bersaing dengan pelbagai pengeluar telefon pintar yang lain, termasuk beberapa telefon pintar popular yang diperkenalkan baru-baru ini – Galaxy S5, Xperia Z2 dan juga HTC One M8.

Telefon pintar ini dilihat turut dilengkapi dengan speaker stereo yang diposisikan pada bahagian bawah, bersebelahan dengan ruangan pengecasan mikro-USB. Kami tidak ketahui lagi sama ada posisi tersebut akan memberikan kesan yang baik untuk audio ataupun sebaliknya.

Dari segi sistem operasi, ia menggunakan CyanogenMod 11S. Versi yang dijalankan pada OnePlus One ini adalah variasi daripada versi Android 4.4 KitKat, serta membawakan rekaan tema khusus untuknya. Beberapa fungsi popular CyanogenMod turut hadir pada peranti ini termasuk seperti sokongan enkripsi SMS antara peranti CM, mengakses peranti menggunakan arahan suara (seperti MotoX), menggunakan gesture dan sebagainya.
Memandangkan ia menjalankan CyanogenMod, maka mungkin kita akan dapat melihat ia menerima kemaskini sistem operasi agak pantas berbanding beberapa peranti lain di pasaran.
OnePlus One dilihat membawakan tanda harga $299 (~RM997) untuk versi 16GB dan $349 (~RM1140) untuk versi 64GB. Apa pun, ia masih tidak dijadualkan untuk pelancaran di Malaysia. Negara paling hampir dengan Malaysia yang akan menerima peranti ini adalah Hong Kong.-amanz.my


Paparan Skrin Antaramuka LG G3 Tertiris Ke Arena Web – Menggunakan Rekaan mendatar "flat icons"

Dengan beberapa pengeluar telah mula memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk tema peranti mereka, pihak LG nampaknya tidak ketinggalan. Hari ini, beberapa gambar tertiris, memperlihatkan rekaan yang lebih mendatar bakal dibawakan oleh LG bersama-sama telefon pintar baru mereka kelak – LG G3.



Melalui kemaskini antaramuka ini, pihak LG turut dilihat membawakan fungsi seumpama Google Now yang dipanggil “Concierge”. Menggunakannya, ia memaparkan beberapa tips masa-nyata menggunakan beberapa data semasa pada peranti.
Daripada paparan skrin yang tertiris, ia memperlihatkan memberikan amaran untuk pengguna membawa payung – berdasarkan kepada data cuaca lokasi semasa pengguna.
Selain daripada rekaan dan fungsi baru ini, paparan skrin yang tertiris ini membawakan resolusi 2560×1440 pixel, sekaligus memperlihatkan yang mana LG G3 akan dilengkapi dengan skrin QHD bersama-sama dengannya.

Al-fatihah, bekas penyanyi rap Jerman mati berjihad di Syria semalam



BEIRUT - Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.
Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.
Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.





Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu.
"Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.
"Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya.
Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.
Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. - Agensi ( Al-fatihah )

Tangan tersepit mesin pengering

Tawau: Seorang pemilik kedai dobi terpaksa menanggung azab kira-kira 15 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pengering kain di Jalan Dominic, dekat sini, pagi tadi.
Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Lin Ah Chu, 65, sedang melakukan kerja pembersihan pada mesin terbabit. 
Bagaimanapun, tanpa disedari tangan kanannya tiba-tiba tersepit pada mesin terbabit. 

Suami mangsa yang turut berada ditempat kejadian segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Sehubungan itu, sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian. Operasi menyelamatkan mangsa segera dilakukan dan tangannya berjaya dikeluarkan empat minit kemudian.

Mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Besar Tawau dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.