Rabu, 25 Jun 2014

Tips Untuk Jimat Pada Ramadan Kali ini



Ramadan akan menjelma beberapa hari lagi. Di Malaysia bulan Ramadan dianggap sebagai bulan untuk menikmati pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. Dan bila nafsu makan mula menguasai diri, pelbagai juadah dibeli dan tidak dimakan dan pembaziran berlaku. Bukankah Ramadan ialah bulan untuk kita muhasabah diri kita? Untuk merasa semua kesusahan yang dialami orang yang tidak bernasib baik. 


1. Buka puasa di masjid/surau berdekatan rumah anda
- Masjid akan menyediakan juadah berbuka secara percuma kepada semua jemaah yang hadir dan selepas berbuka anda boleh bersolat berjemaah dan bertarawikh bersama. kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pahala kan?


2. Hadkan pembelian di Bazar Ramadan
- Mungkin ramai yang tewas bab ini, namun jika dilatih kita boleh berjimat. Hadkan duit perbelanjaan anda, dan bawa secukupnya seperti RM15 adalah had anda setiap hari, dan mungkin boleh dikurangkan kepada RM10 ( makan+manisan+air)

3. Memasak sendiri
- Masak sendiri juadah anda dirumah. Anda tak perlu risau tentang rasa,kebersihan, dan kita akan masak mengikut kuantiti yang diperlukan.

4.Elakkan berbuka di restoran mewah
- Cuba untuk tidak berbuka di restoran mewah. mungkin sekali dua boleh dilakukan,tetapi jangan sampai menjadi acara tetap. 

5. Minum air yang dibuat sendiri 
- Sebenarnya banyak kita dapat berjimat jika kita minum air yang dibancuh sendiri atau lebih senang minum sahaja air putih yang bagus untuk kesihatan. 

Yang penting bulan Ramadan ini ialah kita banyak beribadah dan jangan sakan membeli-belah untuk Aidilfitri. Jangan lupa tujuan asal bulan Ramadan ini.

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang Mulia ini!


A

0 ulasan:

Catat Ulasan