Isnin, 26 Mei 2014

Bekas Pelumba MotoGP Maut

“Keluarga sudah melarangnya supaya tidak menunggang bersendirian ke rumah sepupu di Pasir Gudang, tetapi apa boleh buat ajalnya sudah tiba,” kata Hilmi Affan Abdul Malik, 21, abang sulung kepada bekas pelumba MotoGP Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjung Buai, Teluk Sengat di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Husni Aizat Abdul Malik, 20, maut apabila motosikal Modenas Kris ditunggangnya terbabas ketika mengambil sebuah selekoh menyebabkan dia memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari rumah sepupunya di Pasir Gudang ke rumahnya di Felda Air Tawar 1 di sini.
Hilmi berkata, adiknya sudah dilarang menunggang motosikal bersendirian ke rumah sepupunya malam kelmarin, tetapi tetap berkeras mahu ke sana bersendirian.
“Malah ahli keluarga sengaja tidak mencarikan topi keledar apabila dia memintanya kerana tidak mahu dia menunggang bersendirian pada waktu malam kerana mengambil kira soal keselamatannya.
“Malam tadi (kelmarin), saya turut ke kediaman sepupu dan berjumpa dengan arwah di situ, namun kami tidak berbual lama memandangkan saya terpaksa pulang awal kerana anak kurang sihat,” katanya.
Hilmi yang juga abang sulung mangsa daripada enam beradik berkata, keluarganya terkejut apabila menerima berita malang yang menimpa Husni melalui seorang saudara terdekat pagi semalam.
“Kami akan merinduinya dan berharap rohnya dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, semalam.
Husni adalah bekas pelumba pasukan Touchline SIC-Ajo dan pernah beraksi dalam kejohanan CEV Repsol Moto3 di Sepanyol.
Allahyarham juga pernah beraksi dalam SIC Ninja 250 R Cup yang menyaksikan Husni mendapat tempat kedua selain Grand Prix Malaysia di bawah tiket ‘wild card.’ Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 manakala pemandu lori yang berusia 32 tahun dan berasal dari Bukit Rambai, Melaka tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika itu, cuaca baik, namun selekoh berkenaan didapati agak tajam menyebabkan mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh waris dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Air Tawar 1,”

Foto

Sumber Harian Metro

Related Posts:

  • Perhitungan final Federer, Wawrinka Monte Carlo, Monaco: Roger Federer dan Stanislas Wawrinka mara mudah ke perlawanan akhir Masters Monte Carlo, kelmarin sekali gus mencetus pertembungan final dua pemain Switzerland kali pertama dalam tempoh 14 tahun… Read More
  • Presiden PBNJ Tunku Ismail kecewa sedia undur diri ? JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zi… Read More
  • EPL: Moyes dipecat minggu ini? KUALA LUMPUR:Pengurus Manchester United David Moyes dikhabarkan bakal dipecat dari jawatannya oleh pemilik kelab itu , keluarga Glazer, lapor beberapa akhbar Britain.Menurut The Guardian semuanya ekoran prestasi merudum p… Read More
  • Bekas Jurulatih Barcelona Meninggal Dunia Bekas jurulatih Barcelona, Tito Vilanova telah melawan kanser sejak 2011, dan semalam jurulatih tersebut telah meninggal dunia.  Beliau telah dikesan mempunyai tumor di tekaknya pada 2011 dan melepaskan jawatan s… Read More
  • Chelsea tanpa Cech, Terry hingga akhir musim MADRID: Penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan Atletico Madrid, sekali gus menggugat peluang pasukan itu dalam sain… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan