Isnin, 26 Mei 2014

Rentung Dalam Kereta


Foto

Foto

Dua beranak yang menaiki Proton Iswara rentung apabila kereta itu meletup dan terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bakam di sini, kira-kira 6 pagi tadi.
Proton Iswara dinaiki wanita bersama anaknya itu dikatakan bertembung dengan pikap jenis Nissan Navara dinaiki sepasang suami isteri yang datang dari arah bertentangan. 


Bagaimanapun, pasangan suami isteri terbabit selamat apabila berjaya dikeluarkan orang ramai yang menyaksikan kejadian sejurus sebelum kenderaan itu turut disambar api beberapa minit kemudian. 

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, ketika kejadian kereta dinaiki dua beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Luak menuju ke Bakam di sini.
Katanya, mayat wanita dan anaknya yang belum dikenal pasti identiti itu dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat manakala pasangan suami isteri terbabit turut diberikan rawatan.


SUMBER Harian Metro

Related Posts:

  • TERKINI! Banjir Kilat Di Taman Maluri Hujan lebat melanda Kuala Lumpur petang tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di Taman Maluri, Cheras. Ramai terkandas dan terperangkap di dalam banir kilat itu kerana air naik ke atas jalan.  Ada yang sempat me… Read More
  • (Al-Fatihah) Sidek Hussain meninggal dunia SIDEK ketika dirawat di HKL. FOTO FAIL NSTP Kuala Lumpur : Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat. Sidek dimasukkan ke HKL pa… Read More
  • 8 Gambar pesawat ringan terhempas di Kota Bharu, juruterbang parah SEBUAH pesawat ringan jenis Piper Warrior yang menjalani latihan terhempas menyebabkan pemandu pesawat cedera di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. KOTA BHARU: Sebuah pesawat r… Read More
  • Bayi Terima 14 Jahitan Akibat Diserang Monyet Seorang bayi tiga bulan, Nor Iman Adriana Zuhairi mengalami dua luka dalam sepanjang 5 cm di dahinya akan diserang monyet liar.  Dia dikejarkan ke Hospital Kemaman dan terpaksa menerima 14 jahitan akibat luka t… Read More
  • Dentuman plaza tol Kajang: “Saya tergamam apabila sebuah kereta merempuh kuat konkrit penghadang di tengah plaza tol,” kata pekerja Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam. Menurutnya, dalam kejadian jam 9 pagi itu… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan