Isnin, 12 Mei 2014

MH370 : " Saya Datang Bunuh Awak"



Sarah Baj/Pic:Facebook
Teman wanita kepada penumpang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menaiki pesawat MH370 menerima ugutan bunuh dan beberapa panggilan telefon aneh sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, lapor NBC News.

Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, juga pernah dirompak dua kali sejak kehilangan pesawat itu.
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat kejadian ‘menakutkan’ yang mengganggu Bajc.
Bajc berkata, dia menerima pesanan teks ringkas yang mengugut, ‘Saya akan datang bunuh awak pula seterusnya,’ kira-kira dua minggu selepas pesawat itu hilang.
Beberapa imej lucah dan panggilan telefon menyeramkan juga diterima daripada nombor telefon yang sama dan dipercayai dibuat dari China.
“Ia satu lagi kejadian yang membuatkan saya tidak tahan, ia sangat mengganggu,” katanya.
Menurut Bajc, panggilan telefon dan mesej itu bermula selepas pangsapurinya diceroboh masuk buat pertama kali, seminggu selepas penerbangan MH370 hilang.
“Sesiapa yang memecah itu nyata tidak berhati-hati ketika menyelongkar kerana saya seorang yang kemas, oleh itu, saya serta-merta dapat mengesan beberapa barang diusik dan dialihkan.
“Ketika kejadian juga penjaga rumah tiada, jadi tidak mungkin dia melakukannya.
Saya juga selalu tiba ke rumah sebelum anak saya pulang,” katanya.
Bajc berkata, pencerobohan kali kedua berlaku beberapa minggu selepas itu.
“Jiran saya memberitahu ada ternampak nampak dua lelaki meninggalkan rumah saya,” katanya.
Beliau berkata, dia tidak lagi menerima panggilan daripada nombor telefon dari China itu selepas ejen FBI ditugaskan untuk mengawalnya sebaik keluarga Woods dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpanya.
Bajc sedang mengetuai Voice 370 yang mendesak pihak berkaitan terutama Kerajaan Malaysia untuk membeli data dari syarikat satelit supaya boleh dianalisis pihak bebas.


- NBC News diterjemah oleh Harian Metro

Related Posts:

  • Remaja maut dihempap lori Georgetown: Perjalanan pulang dua sahabat ke rumah mereka di Balik Pulau mengundang tragedi apabila seorang daripadanya maut dihempap lori dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, kelmarin. Dalam kejadian k… Read More
  • Budak oku 2 tahun diberi makan racun serangga & dibuang dari jambatan oleh bapa kandungnya Shenyang (Liaoning): Seorang kanak-kanak OKU, Yu, yang berusia setahun 4 bulan dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Si bapa memberi anaknya itu makan racun serangga, kemudian… Read More
  • Tiga maut kereta bergesel Kapar: Tiga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kemalangan di Jalan Haji Abdul Manan, di sini, malam tadi. Kemalangan kira-kira 9.30 malam itu turut menyebabkan empat yang lain parah. Kemalangan … Read More
  • Bini 'harimau' Gambar hiasan Seorang suami berusia 51 tahun menerima 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan akibat dibelasah teruk oleh isterinya dengan alasan lewat membeli juadah sarapan pagi. Bertambah malang lagi, dia tur… Read More
  • Tikam bapa lerai bertekak Niat baik seorang bapa menegur anaknya yang sedang bertengkar dengan tunangnya bertukar tragedi apabila lelaki itu patah tulang rusuk belakang dan luka di belakang badannya dipercayai akibat ditikam dengan pisau dalam satu p… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan