Rabu, 7 Mei 2014

10 Makanan Paling Mahal Di Dunia

Harga makanan mampu mencapai ribuan ringgit kerana ia sangat susah didapati, bermusim atau hanya di sesebuah negara sahaja wujud makanan itu. Sehingga dianggap eksotik. Ramai sanggup menghabiskan ribuan untuk mencuba dan merasai keunikan makanan ini. Dan dibawah ada senarai makanan termahal di dunia. 



10. Cendawan Mattake atau Matsuke - RM3,250+-

Matsutake
Photo Autor – Tomomarusan
Cendawan mattake, atau  matsutake, ialah cendawan yang paling mahal di dunia harini, kerana ia sangat lah unik dan sangat susah untuk dijumpai. Cendawan yang menjadi rebutan ramai ini boleh didapatkan di Asia, Amerika Utara dan Eropah terutama di Jepun, China, Korea, Amerika Syarikat, Kanada, Finland dan Sweden. Paling diburu ialah di celah pokok "Japanese Red Pine" ia sangat senang untuk dituai tetapi sangat susah untuk dijumpai. Musim menuai di Jepun hanya dapat mengumpul beberapa ribu tan sahaja

9. Westin Hotel Bagel – RM 3,250

Westin-Hotel-Bagel
Ia mungkin kelihatan seperti bagel biasa yang anda lihat di kedai roti, Tetapi bagel ciptaan Frank Tujague seorang chef ekskutif di Westin Hotel New York ini mengandungi truffle putih bersama cream cheese dan buah Goji yang diperap berapa jeli Riesling dan mempunyai dedaun emas. Dan apa yang membuatkan bagel ini mahal ialah truffle yang merupakan spesis fungus dan ia merupakan makanan paling mahal di dunia. Hanya boleh didapatkan di bawah pokok Oak di Alba, Itali. 

8. Zillion Dollar Fritatta Dengan Udang Karang – RM3,250

Lobster-Fritatta
Fritatta ialah sejenis telur dadar dari Itali, Dan ini bukanlah telur dadar biasa. Di RestaurantNorma Hotel Le Parker Meridien New York ni mengandungi enam biji telur, isi udang karang dan 10 auns Karviar Sevruga  Restauran ini juga ada menyediakan menu ini dengan saiz lebih kecil dan hanya mengandungi 10% karviar dari saiz sebenar.  Dengan harga RM325. Saiz besar Fritatta ini hanya dijual 12 kali setahun, manakala yang kecil dijual lebih kurang 50 kali setahun. 

7. Craftsteak’s Wagyu Stik Ribeye  – RM9,105

Wagyu_BeefPhoto Autor – Schellack
Daging Wagyu adalah daging paling berkualiti kerana ia mengandungi peratus omega-3 dan omega-6 yang tinggi. Dan daging Wagyu terbaik ialah dari Kobe, yang diternak di wilayah Hyogo Jepun. Lembu-lembu disana diberi layanan terbaik dan selalu diurut. Satu bahagian Ribeye daging Wagyu di Craftsteak New York pernah dijual dengan harga RM9105.

6. Kari Khazanah Bombay Brassiere’s Samundari  – RM10,406
Bombay Brassiere’s Samundari Khazana Curry
Kari termahal dari Bombay Brassiere ini mengandungi Ketam Devon, Truffle putih, Karviar Beluga, dan juga udang karang disalut emas, empat abalon, empat biji telur burung puyuh yang diisi lebih banyak karviar. 

5.Piza Royale 007 Domenico Crolla’s  – RM13,658

Pizza-Royale-007
Piza ciptaan Domenico Crolla dari Scotland yang diinspirasikan dari filem James Bond mengandungi Udang karang, karviar yang direndam dalam champagne, sos tomato, ikan salmon, lapisan daging ayam belanda, daging rusa, dan cuka balsamik yang vintage. Dan ditaburi serbuk emas 24 karat, piza ini tidak boleh dibawa balik. tetapi serbuk emas itu boleh dimakan

4. Tembikai Hitam Densuke  – RM19,837

Black-WatermelonPhoto Autor – puamelia
Tembikai hitam ini sangat unik. terutama Densuke kerana ia hanya ditanam di kepulauan Hokkaido Jepun. Musim tuainya hanya akan mengeluarkan beberapa dozen buah tembikai ini. Selain itu, Ia mempunyai tekstur yang sempurna dan tahap ranggup dan manis yang tidak dapat dibandingkan dengan tembikai lain. Sebiji buah seberat 17 pound pernah mencecah RM19.837

3. Raja Tembikai Yubari – RM74,087

Half_cut_of_Yubari_melon
Ini bukan tembikai biasa yang anda boleh dapat di pasar raya. Tembikai jenis ini sangat didambakan oleh peminatnya kerana rasa manisnya yang unik. Dan pusat bidaan dibuka untuk menjual buah ini, kerana permintaannya yang terlalu tinggi.
Pada 2008, 100 biji tembikai dari Yubari mula dilelong. dan buah yang terbaik ialah buah yang pertama dilelong. Seorang ahli perniagaan sanggup membida sebanyak RM70,000 untuk mendapat penghormatan sebagai orang pertama membawa pulang buah unik ini. 

2. Karviar Almas – RM81,300

almas-caviar
Karviar dari Iran ini sangat unik dan sangat mahal. Untuk mencari kedai yang menjual karviar ini sahaja sangat sukar. Hanya satu kedai menjualnya di Caviar House & Prunierterletak di Piccadilly di London. Mereka menjual karviar ini didalam bekas bersalut emas 24 karat dengan harga RM81,300. jika anda anda mahu mencuba, mereka ada menjual dalam bekas kecil dengan harga RM4025 satu. 

1.  Truffle Putih Alba Itali – RM521,640

Risotto_with_White_Truffles_from_AlbaPhoto Autor – Arnold Gatilao
Truffle memang terkenal dengan harga tidak masuk akalnya. Tetapi untuk mendapatkan truffle ini sangat lah susah. Hanya orang mempunyai skil boleh mencarinya. Ramai menggelarnya Raja Fungus. Dan paling unik ialah Truffle putih Alba dari Itali, 1.5 kg truffle ini berharga hampir setengah juta ringgit Malaysia. dan seorang ahli perniagaan dari Hong Kong sanggup membayar harga itu. Gila kan? 
Video dibawah menunjukan cara-cara mencari Truffle ini, dan mereka masih mengguna cara lama. 


Sumber toplist

0 ulasan:

Catat Ulasan