Isnin, 12 Mei 2014

MAHB Tidak Mengenakan Caj "KLIA2" Kepada Penumpang

KLIA2


Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menegaskan mereka tidak mengenakan caj RM3 "KLIA2" kepada penumpang seperti yang diperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Pengendali Lapangan Terbang Malaysia itu berkata penggunaan aerobridge dan kemudahan check in ialah perkara biasa di semua lapangan terbang utama diseluruh dunia.
Ia biasanya akan dianggapkan kos operasi biasa kepada syarikat penerbangan, seperti caj utiliti, pengendalian darat, bahan api, pendaratan atau caj letak kereta, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
MAHB juga berkata perpindahan Airasia ke KLIA2 berlaku tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak bekerjasama dengan rapat untuk memudahkan penumpang. 
Dengan AirAsia memulakan operasi sepenuhnya di KLIA2 pada 9 Mei, Terminal itu telah mengendali lebih 60,000 penumpang dalam masa 24 jam dari tengah malam 8 Mei ke tengah malam 9 Mei. 
MAHB berkata mereka menjangkakan berlaku gangguan kepada penumpangkerana terdapat banyak pertukaran pintu dan penerbangan. 
Namun dengan jaminan dari AirAsia mereka akan berusaha untuk meminimum pertukaran dan situasi ini akan memudahkan penumpang. Tambah MAHB, 
Sumber Malaysiandigest

0 ulasan:

Catat Ulasan