Jumaat, 25 April 2014

Akibat Tanah Mendap, Jalan Bukit Bintang Ditutup


Gambar hiasan



Jalan sepanjang 500m di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara Chulan Square ke Menara Worldwide akan ditutup kepada smua jenis trafik, kata Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) sdn bhd hari ini.


Pada jam 10.42 p.m. semalam MRT Corp mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat satu tanah mendap di sebelah kiri Jalan Bukit Bintang. Lubang itu sebesar 10m panjang, 3.5m lebar dan 2m dalam. Dua lagi lubang turut ditemui pada hari Rabu dan Khamis di lokasi yang sama.
Map provided by MRT Corp showing alternative routes in the area. – Image courtesy of MRT Corp, April 25, 2014.

Jurutera dari MRT Corp dan MMC Gamuda sedang melakukan kerja-kerja menampalan dan mengukuhkan kawasan itu. Akibat penutupan jalan tersebut, aliran trafik kontra dilakukan, iaitu trafik dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak akan diarahkan ke dalam dua lorong bertentangan. manakala Jalan Bukit Bintang-Imbi akan dibuka seperti biasa. 

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh melawat laman web MRT di www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my , Twitter @MRTMalaysia atau @MyMRT Underground, Facebook MRTMalaysia atau hubungi hotline MRT di 1800-82-6868

Sumber MalaysiaInsider



0 ulasan:

Catat Ulasan