Selasa, 6 Mei 2014

(Al-Fatihah) Aziz Sattar Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Sumber BeritaHarian

Related Posts:

  • TERKINI!Pesawat Virgin Blue DirampasSebuah Pesawat Virgin Blue dari Brisbane telah dirampas, menurut kenyataan tentera udara Indonesia "Kami mendapat laporan bahawa sebuah pesawat 737-800 dari Brisbane ke Bali telah dirampas." kata jurucakap tentera udara Ind… Read More
  • Aisberg seluas Singapura mula hanyutWASHINGTON: Saintis kini memantau aisberg sebesar negara Singapura, salah satu rekahan ais terbesar yang pernah wujud. Ia pecah daripada glasier Antartika dan sedang menuju lautan terbuka. Pakar glasier NASA, Kelly Brunt… Read More
  • Hilang jari kerana telefon bimbit Seorang budak berumur 10 tahun dari daerah Dewas cedera parah apabila telefon bimbit miliknya meletup, dikatakan telefon bimbitnya buatan China, meletup dalam tangannya ketika sedang dicas. Kejadian ini berlak… Read More
  • Obama tiba di Seri Perdana adakan pertemuan empat mata dengan NajibPUTRAJAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tiba di Seri Perdana, Putrajaya sebentar tadi bagi adakan mesyuarat empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ketibaan beliau di kediaman rasmi Perdana M… Read More
  • Staf MAS menjadi Tebusan Di Beijing 10 staf Malaysia Airlines(MAS) telah dijadikan tebusan di dewan Hotel Lido yang terletak di Beijing lebih dari lapan jam oleh keluarga mangsa pesawat hilang MH370.  Sumber mengatakan kepada The Mole insiden… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan