Ahad, 4 Mei 2014

MH370 : Rakaman Audio Sudah Di Sunting


Adakah rakaman audio antara pesawat malang MH370 dan pegawai trafik udara sudah disunting rapi? 


Seorang pakar audio antarabangsa percaya bahawa rakaman audio itu sudah disunting sebelum ia ditunjukkan kepada orang awam pada khamis lepas.
Pakar itu memberitahu stesen television NBC News mereka menjalankan analisis awal dan mengatakan transmisi itu mempunyai dua sumber berlainan. Dan salah satunya mungkin dirakam oleh perakam digital yang dihala ke sebuah pembesar suara.

Primeau Forensics' Ed Primeau, seorang pakar audio-video forensik dan seorang penyiasat berlesen memberitahu stesen television itu permulaan dan pengakhiran video itu mempunyai kuantiti yang elok dan mempunyai kurang noise atau bunyian asing.
Tetapi di tengah transmisi itu sangat pelik dan lain katanya. 
" Ketika di minit 1:14, nada rakaman itu berubah dan bagi saya ia seperti seseorang merakamkan suara itu dari sebuah pembesar suara. Ini satu isu yang besar kerana ia merupakan satu tanda yang rakaman ini sudah disunting."
Antara 2:06 hingga 2:09, beliau berkata bunyi dapat didengar disekitar bilik. 
"Saya dapat dengan almari file ditutup, saya dapat dengar bunyi kertas disusun, Saya percaya bermula dari 1:14 ke 2:06 atau 2:15. ia dirakam oleh perakam digital dari sebuah pembesar suara " katanya
Jurang komunikasi yang panjang sepanjang tujuh minit transmisi itu juga boleh menunjukkan bahawa rakaman ini disunting. katanya lagi
Di minit 6:17, jurang yang sangat panjang dan perbualan itu seperti dipotong sebelum nada rakaman bertukar, menunjukan kemungkinan besar ia di sunting.
"Secara tiba-tiba, kita mendapat kualiti video yang sama dan kadar noise yang sangat rendah seperti permulaan rakaman" Jelas Primeau 
NBC News turut menemu bual seorang pakar forensik sudio Kent Gobson yang dilaporkan bersetuju dengan Primeau bahawa rakaman itu dirakam dari sebuah pembesar suara.
" Kita boleh dengar, di minit 4:07, bunyi mukasurat ditukar dan seseorang bernafas, itu sangat luar biasa." kata Gibson yang bekerja di Forensic Audio di Los Angeles.
Seorang lagi pakar Tom Owen merupakan seorang konsultan di Owen Forensic Services Audio Analysis dan Pengerusi Badan Bukti yang Dirakam Amerika berkata, suntingan itu semua sudah dijangka
"Mereka tidak akan memberi maklumat atau rahsia yang tidak boleh diketahui umum, Untuk faktor keselamatan, saya tidak nampak itu sebagai satu masalah" kata Owen.
sumber Malaysiandigest


0 ulasan:

Catat Ulasan