Pada 23 dan 24 Mei rakyat Malaysia dan peminat astrologi dapat melihat hujan meteor atau meteor shower yang terjadi disebabkan Komet 209P/Linear. Menurut kenyataan dari Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA), dalam 100 hingga 400 meteor dapat dilihat dengan mata kasar pada malam tersebut.
"Hujan meteor itu dapat dilihat dengan mata kasar jika tempat itu kurang pecemaran cahaya, bergantung juga kepada cuaca pada malam itu juga"
Menurut Angkasa, selain dari cuaca dan awan tebal, kemungkinan untuk tidak nampak hujan meteor itu bertambah jika bulan muncul pada pukul 3 pagi.
Oleh itu jika sesiapa yang ingin melihat hujan meteor tersebut, anda perlu lakukannya sebelum pukul 3 pagi.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Planetarium Negara 03-2273 4303 atau Observatori Negara Langkawi 04-966 2270
Sumber MalaysianDigest
0 ulasan:
Catat Ulasan