Pendakwa raya Korea Selatan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan waran tangkap ke atas kapten feri Sewol dan dua anak kapalnya selepas feri itu karam dua hari lalu di sini.
Gambar Utusan |
Pengawai di Ibu Pejabat Pengawal Pantai Korea Selatan yang enggan dikenali berkata, siasatan bersama antara polis dan pendakwa raya mahu supaya waran tangkap dikeluarkan ke atas tiga individu itu.
‘Permohonan untuk mendapatkan waran telah dibuat, namun dakwaan ke atas mereka masih belum ditentukan,’ katanya kepada AFP.
Permohonan waran tangkap itu dibuat selepas siasatan awal mendapati kapten feri, Lee Joon-seok tidak memandu kapal tersebut malah tidak berada di dek ketika kejadian berlaku.Para penyiasat hari ini menyatakan bahawa feri yang membawa 462 penumpang itu, kebanyakannya pelajar sekolah menengah, dikemudi oleh pegawai muda ketika kapal tersebut dalam perjalanan ke Pulau Jeju dari Incheon.
Seorang pegawai penyiasat, Park Jae-eok berkata, kapten itu, Joon-seok mungkin tidak berada di dek ketika kejadian.Pegawai Pengawal Pantai Korea Selatan berkata, siasatan memberi tumpuan kepada kemungkinan berlakunya kecuaian anak kapal, masalah dengan tempat simpanan kargo dan kerosakan struktur feri tersebut walaupun kapal itu lulus pemeriksaan keselamatan dan insurans.
Ibu bapa pelajar sekolah yang masih hilang menyalahkan kapten kapal berhubung tragedi itu selepas dia dan pegawai syarikat pengurusan feri meminta maaf di atas apa yang berlaku.
Saksi menyatakan bahawa kapten dan beberapa anak kapal meninggalkan kapal ketika anak kapal lain mengarahkan penumpang untuk terus berada di dalam feri ketika ia karam.Joon-seok kini disoal siasat mengikut akta jenayah, satu prosedur standard di negara ini. – Reuters via Utusan
0 ulasan:
Catat Ulasan