Home »
isu semasa
» MUTAKHIR Feri karam di Korea: Angka kematian kini 56 orang
JINDO: Tujuh lagi mayat ditemui hari ini di dalam badan feri Korea Selatan yang karam Rabu lalu, kata pengawal pantai.
Berikutan itu, setakat ini seramai 56 orang disahkan mati dan 246 masih hilang manakala mereka yang berjaya diselamatkan kekal pada 174 orang.
 |
SEORANG ahli keluarga penumpang feri Sewol dihalang oleh pihak polis ketika melakukan protes untuk mendesak bermesyuarat dengan Presiden Park Geun-hye serta menuntut operasi mencari dan menyelamat dipercepatkan di Jindo, hari ini. - Foto Reuters |
Terdahulu, pada tengah hari tadi, 13 mayat ditemui dalam badan feri Korea Selatan berkenaan.
“Tiga belas lagi mayat baru saja dibawa naik. Angka korban kini mencecah 49 orang,” kata jurucakap pengawal pantai.Difahamkan, lapan daripada mayat berkenaan adalah lelaki dan dua perempuan.Semalam, tiga mayat berjaya dibawa keluar apabila ratusan mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam feri Sewol seberat 6,825 tan itu.Daripada 476 penumpang di atas kapal, lebih 350 adalah pelajar dari sekolah tinggi di bandar Ansan, selatan Seoul. - Agensi
Related Posts:
Bayi maut tertelan skru
BESUT: Seorang bayi berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih, dekat sini, semalam.
Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain … Read More
Suami makan hati, isteri ketagih main online game sampai keguguran!
Gambar hiasan
“DISEBABKAN rasa sayang, saya masih lagi bersabar dengan kerenah isteri yang suka main online game,” kata seorang suami mengenai sikap isterinya.
Kakitangan swasta, Amin Budi (bukan nama sebenar), 30,… Read More
Gambar Kilang sarung tangan WRP di Salak Tinggi Sepang terbakar !
Satu kebakaran besar tengah berlaku di Kilang WRP di Salak Tinggi Sepang,Kilang ini adalah kilang membuat sarung tangan, api marak dengan cepat yang menyebabkan kumpulan asap besar memenuhai ruang udara, Anggota bomba teng… Read More
Gambar Kapten Feri Tinggalkan Penumpang Selamatkan Diri !
Pendakwa raya Korea Selatan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan waran tangkap ke atas kapten feri Sewol dan dua anak kapalnya selepas feri itu karam dua hari lalu di sini.
Gambar Utusan
Pengawai d… Read More
MUTAKHIR Feri karam di Korea: Angka kematian kini 56 orang
JINDO: Tujuh lagi mayat ditemui hari ini di dalam badan feri Korea Selatan yang karam Rabu lalu, kata pengawal pantai.Berikutan itu, setakat ini seramai 56 orang disahkan mati dan 246 masih hilang manakala mereka yang berjay… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan