Khamis, 19 Jun 2014

Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Cuaca Panas Melampau

Cuaca semakin panas dan kering. walaupun sudah mandi tetapi masih berpeluh. Bagi yang bekerja dan belajar, pasti cuaca panas ini memberi impak kepada aktiviti harian. Di bawah terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan ketika cuaca panas melampau ini. 


1. Ubah jadual senam anda kepada awal pagi atau lewat petang, dan kurangkan waktu bersenam  serta kurangkan aktiviti contoh, hanya berjalan kaki bukannya berlari.

2. Pakai baju yang longgar dan berwarna cerah. 
3. Pakai baju berkain kapas akan menyejukkan badan anda dari kain sintetik. 

4. Simpan lotion didalam peti sejuk dan gunakan pada kaki yang letih selepas seharian berjalan.

5. Simpan sebotol air sejuk didalam peti sejuk, dan apabila keluar bawa botol itu, dan anda akan          mempunyai bekalan air sejuk yang mencukupi. 
6. Mandi selalu dan mandi dengan air sejuk.

7. Lawan dehidrasi dengan meminum banyak air dan air isotonik. 

8. Bawa kipas mini untuk mengurangkan rasa bahang.

9. Elakkan kafein dan alkohol kerana ia akan cepatkan dehidrasi.

10. Kurangkan aktiviti luar, jika anda ingin keluar, pergi ke tempat yang mempunyai pendingin hawa seperti pusat membeli belah, panggung wayang, perpustakaan. 


0 ulasan:

Catat Ulasan