Selasa, 22 April 2014

Langgar, kebas kereta Porsche RM300,000

Kuala Lumpur: Dua perompak menggunakan taktik ‘langgar dan samun’ untuk merompak seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kereta mewah milik mangsa model Porsche 977 GT 2 bernilai lebih RM300,000.
Dalam kejadian jam 1.40 pagi kelmarin, mangsa berusia 35 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pusat bandar melalui Jalan Klang Lama, di sini.

Gambar hiasan

Sumber polis berkata, mangsa yang sedang memandu bersendirian bagaimanapun terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang keretanya.
Menurutnya, mangsa yang menyangka keretanya dilanggar secara tidak sengaja memberhentikan kenderaan untuk memeriksa.
“Difahamkan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berpura-pura meminta maaf.
“Bagaimanapun belum sempat berbuat apa-apa, seorang daripada suspek mengacukan parang dan mengugutnya,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian terus melarikan kenderaan mangsa tanpa mencederakannya.
“Mangsa kemudian menghubungi ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini,” katanya. -hmetro

0 ulasan:

Catat Ulasan