Selasa, 29 April 2014

10 Kesilapan Perempuan Dalam Kecantikan

Ramai kaum perempuan melakukan kesilapan-kesilapan ini tanpa mereka sedari, sehingga memberi impak kepada mereka. Samada rambut, muka atau jerawat. dan batas untuk kita menjaganya. Senarai dibawah menunjukan kesilapan lazim dilakukan kaum perempuan seharian. 


1. Basuh rambut terlalu kerap
Jangan selalu basuh rambut anda, kerana ia akan menyebabkan minyak semula jadi di rambut anda akan berkurangan dan  rambut menjadi rapuh dan nipis. Cuba basuh rambut anda setiap dua hari sekali, dan gunakan dry shampoo setiap hari.



2. Terlalu banyak menggunakan perapi rambut 
Kita sebenarnya banyak terlebih guna bahan kecantikan, tetapi perapi ialah paling kerap. Tumpukan pada hujung rambut anda yang rosak kerana pangkal rambut anda mempunyai minyak semula jadi.





3. Tidak menggunakan pelindung dari haba untuk rambut
Ramai dari kita yang terlupa untuk menggunakan minyak khas untuk melindungi rambut dari haba panas pengering rambut, pengulung rambut dan sebagainya, dan ia akan menyebabkan rambut anda kering dan seperti dawai. Euw.



4. Ikat rambut di tempat yang sama. 
Anda selalu mengikat rambut anda? elakkan mengikat rambut ditempat yang sama setiap hari kerana ia akan menyebabkan rambut anda lemah dan mudah putus.



5. Tidak mencuci berus solek.
Agak jelas disitu. bakteria akan membiak dan akan menyebabkan jerawat dimuka. Cuci berus anda seminggu atau dua minggu sekali dengan syampoo yang lembut atau syampoo bayi.



6. Lupa tentang leher
Anda inginkan muka yang cerah dan leher tetapi leher yang gelap dan berjerawat. Tidak kan? Jangan lupa cuci dan memakai pelembab di leher dan jangan lupa pelindung matahari. Jaga leher anda seperti muka anda.


7. Terlebih merawat dan terlebih tutup jerawat
Ubat jerawat akan membuahkan hasil selepas beberapa jam, pastikan anda ikut segala arahan produk, ada sebab kenapa ia ada disitu. Dan jangan tutup jerawat anda dengan terlalu banyak concealer. kulit anda perlu bernafas.




8. Memakai foundation sebelum pelembab kering.
Pelembab memerlukan masa sekurang-kurangnya seminit untuk menyerap ke dalam kulit sebelum anda memakai foundation. Ini juga akan mengelakan kulit anda melekit dan bedak anda tidak rata. 



9. Mencabut bulu kening terlalu dekat dengan cermin.
Jika anda mencabut bulu kening terlalu dekat dengan cermin, anda tidak akan nampak keseluruh bentuk kening anda. Ini akan menyebabkan bulu kening anda nipis, tidak rata. Gunakan cermin yang besar yang ambil dua langkah kebelakang dan lihat keseluruhan bentuk bulu kening anda. 



10. Kuku kuning
Sesiapa yang suka memakai pewarna kuku akan tahu masalah ini, jika terlalu kerap memakai pewarna kuku ia akan menyebabkan kuku anda kuning dan salah satu cara untuk mengelakkannya ialah memakai base coat. Kerana is melindungi kuku anda dari bahan kimia dari pewarna kuku. 


Sumber Cosmopolitan UK.

0 ulasan:

Catat Ulasan