Jumaat, 2 Mei 2014

Tips Untuk Berjaga Malam.



Ramai terutama pelajar akan berjaga sepanjang malam untuk menghabiskan kerja kerana malam lah mereka lebih bersemangat dan idea banyak datang ketika matahari terbenam. Tetapi, ramai juga kecundang apabila berjaga malam,seperti pening kepala, rasa badan seperti diawangan dan lebih teruk terlajak tidur. Jadi bagaimana hendak memastikan kita tidak melakukan kesilapan itu? Senarai dibawah ada tips bagaimana untuk berjaga malam dan memastikan anda tidak tertidur. 




1. Tidur sekejap sebelum mula berjaga malam. 
Untuk berjaga malam, anda akan "mencuri" masa tidur anda. Oleh itu, anda perlu tidur sekejap untuk memastikan anda ada rehat dan tenaga yang cukup untuk berjaga. Mungkin dua jam sudah cukup.



2. Makan dan minum protein, bukan karbohidrat. 
Badan anda perlu membakar sesuatu jika anda ingin berjaga malam, dan karbohidrat bukan solusinya. Karbohirat hanya akan menyimpan tenaga dan akan buat anda mengantuk. Protein akan lebih membantu dalam hal ini. Jangan makan keropok seperti Pringles atau Doritos, cuba kunyah kekacang yang kaya dengan protein dan minum air yang mengandungi banyak protein. 




3. Minum minuman berkafein (jangan terlalu banyak)
Jika anda selalu minum minuman berkafein seperti kopi, minuman tenaga, ini mungkin tidak akan membantu. Jika anda jarang minum minuman berkafein, anda akan "crash" atau tenaga anda akan jatuh merudum jika anda minum terlalu banyak. 




4.Lakukan sedikit senaman untuk segarkan diri. 
Lakukan senaman selama 20 minit sudah cukup. Senaman akan membantu otak kita untuk belajar dan juga melancarkan fikiran kita. Ia juga dapat buat kita berfikir dengan lebih kreatif. 


Mungkin tips-tips ini dapat membantu anda untuk berjaga malam, tetapi jangan diamalkan selalu. Ia tidak elok untuk badan anda. Selalu pastikan anda cukup tidur untuk pastikan badan dan minda anda sihat


Sumber Lifehack

Related Posts:

  • Diurut Ular Sebuah zoo di Filipina menawarkan urutan badan secara percuma kepada pengunjungnya, lapor portal Daily Mail. Meskipun percuma, pengunjung yang mahu menikmatinya perlu mempunyai keberanian tinggi untuk mencubanya kerana me… Read More
  • Berapa Kerap Anda Perlu Membasuh Seluar Jeans Anda? CEO Levi's Ada Jawapannya Persoalan ini sudah lama diperdebatkan. Perlukah anda basuh seluar jeans anda? Ketua Pegawai Eksekutif Levi's Chip Bergh memberi jawapan kepada persoalan hangat ini. Berapa kerap anda patut basuh seluar jeans anda… Read More
  • Selfie Diseluruh Dunia Dengan berbekalkan kamera tahan lasak GoPro dan motosikal, dia telah menjelajah 36 negara, mengambil video permandangan 360 darjah "selfie" disemua tempat yang dikunjunginya, dan mengabungkan semua dalam satu video, sa… Read More
  • Orang Utan Pandai Memakai Baju SendiriSeekor orang utan menunjukkan dia juga boleh memakai pakaian sendiri tanpa bantuan orang. Setelah puas mencuba ia akhirnya dapat memakai baju T-shirt penjaga Taman Negara Tanjung Putting di  Indonesia. Mereka mengeledah … Read More
  • Seorang Lelaki Mengembara Seluruh Dunia Dan Merakamkan Video Lamaran Paling Epic Seorang lelaki, Jack Hyer mengambil masa 4 tahun untuk merakamkan video lamaran kepadanya kini tunangnya Rebecca, dia mengembara keseluruh dunia dan merakamkan dirinya sambil menyanyi lagu I'm Gonna Be oleh kumpulan The Pr… Read More

1 ulasan:

  1. Kalau nak bersenam tuuu kena sebelum tido atau pun waktu siang.

    BalasPadam