gambar hiasan |
Sebuah syarikat penerokaan marin yang berpangkalan di Australia mendakwa menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 di Teluk Bengal, 5000 kilometer dari pusat misi pencarian pesawat yang hilang itu.
Berita Australia 7News hari ini melaporkan GeoResonance berkata berdasarkan penyelidikan mereka di dasar Teluk Bengal. Mereka menemui elemen elemen yang konsisten dengan bahan dari pesawat Boeing 777.
"Kami menemui bahan dan elemen yang serupa dengan Boeing 777 dan mereka ialah aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan lain-lain" Kat Pavel Kursa, jurucakap dari GeoReasonance.
GeoResonance dilaporkan mencari kawasan seluas dua juta kilometer persegi untuk mencari pesawat malang itu dan menggunakan 20 teknologi canggih, termasuk reaktor nuklear, untuk menganalisa gambar satelit.
"Pihak saintis kami merasa teruja kerana kami percaya kami telah menemui bangkai pesawat" Seorang lagi jurucakap GeoResonance, David Pope berkata.
Pope berkata mereke membuat perbandingan dengan gambar pada 5 Mac, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang - dan mereka tidak menemui apa yang mereka temui selepas itu.
"Bangkai itu tidak berada di situ sebelum kehilangan MH370, kami tidak mengatakan bahawa ia adalah MH370 tetapi ini merupakan maklumat yang harus di selidik lagi oleh pihak berkuasa" Pope memberitahu 7News.
Sumber MalaysianDigest
0 ulasan:
Catat Ulasan