Isnin, 28 April 2014

Microsoft Surface Mini Dilancarkan Bulan Hadapan?



Surface Pro 2 from Microsoft

Gajet paling dinantikan oleh Microsoft, Surface Mini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Pelbagai khabar angin telah disebarkan di Internet. 
Amazon telah mengeluarkan senarai cover untuk Surface Mini dan tulis di situ ia akan mula dijual pada 18 Mei 2014. Tetapi Microsoft masih berdiam diri dan tidak memberi maklumat dan sedikit klu pun. Adakah ia salah satu strategi mereka? 
Nampaknya Microsoft menggunakan taktik dari Apple untuk tidak memberi apa-apa komen mengenai produknya sehingga hari pelancaran. Apa yang kita tahun sekarang ialah tablet mini baru ini mungkin bersaiz 8 inci dan sesuai untuk digunakan untuk membaca dan mencatat nota. Ia juga akan dilengkapi dengan active digitizer yang akan membolehkan anda menulis dengan stylus dengan lebih lancar. Mungkin ini penting untuk pelajar yang mahu menulis nota diatas tablet bukan didalam buku nota seperti dahulu.
Vostrostone's Amazon listing says its Surface Mini smart cover will be available May 18.
Prosesor untuk tablet mini ini masih menjadi tanda tanya kerana ia sangat kecil untuk menampung kuasa sebuah procesor seperti didalam Microsoft Surface Pro. Dan adakah Surface Mini akan menggunakan versi Microsoft Office nya? Microsoft masih tidak memberi apa-apa jawapan. 
Harganya pula, oleh kerana ia akan menjadi saingan iPad Mini, mungkin harganya akan bermula dari 399 usd. 
Microsoft masih berdiam diri dan apa yang boleh kita buat sekarang ialah berteka-teki. Jika kita lihat di Amazon, cover tablet Surface Mini akan mula dijual pada 18 Mei 2014, mungkin tidak lama lagi kita akan mengetahui bila tarikh sebenar ia akan dilancarkan.
Sumber The Examiner


0 ulasan:

Catat Ulasan