Rabu, 30 April 2014

7.2 Nyawa Penumpang Dihujung Tanduk


Nasib lebih 7.2 juta penumpang bas ekspres di seluruh negara saban tahun menjadi taruhan apabila seramai 1,793 pemandu kenderaan awam itu dikesan tidak mempunyai Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara sah, tahun lalu.


Perkara itu didedahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang merekodkan bilangan pemandu bas berkenaan atau 20 peratus daripada lebih 8,000 individu berusia 21 tahun dan ke atas yang berdaftar sebagai pemandu bas ekspres ketika ini.

Lebih membimbangkan ada antaranya langsung tidak memiliki lesen asas pemanduan kenderaan, Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang wajib dimiliki setiap pemandu di negara ini, apabila dalam tempoh sama, seramai 982 pemandu bas eks­pres direkodkan tidak memilikinya.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, kesemua statistik itu diperoleh pihaknya ketika menjalankan operasi jalan raya di seluruh negara.


“Pada 2012, JPJ menahan seramai 1,522 pemandu bas eks­pres yang tiada lesen PSV, pada 2013 (1,793) manakala tahun ini sehingga Mac lalu, 177 orang.
“Bagi kesalahan pemandu tidak memiliki CDL, pada 2012 seramai 887 orang ditahan, pada 2013 (982) dan sejak Januari hingga Mac lalu (115)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Beliau seterusnya berkata, selain daripada kesalahan tidak memiliki PSV dan CDL, terdapat seramai 1,919 pemandu bas eks­pres ditahan kerana memiliki lesen tamat tempoh, sejak tiga tahun lalu.
Katanya, pada 2012, seramai 1,380 pemandu bas berkenaan ditahan atas kesalahan itu, pa­da 2013 (481) manakala sejak Janua­ri sehingga Mac lalu (58).

Dalam tempoh sama, seramai 972 pemandu ditahan atas kesalahan CDL tamat tempoh," katanya.

Sumber Utusan Malaysia

Related Posts:

  • Padah nyala rokok dalam kereta Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu. Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dala… Read More
  • Polis siasat sabotaj MH192Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan berhubung kemungkinan unsur sabotaj terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berpatah balik ke Kuala Lumpur awal pagi tadi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri… Read More
  • Transkrip feri Korea Selatan mendedahkan saat cemas JINDO: Kru feri Korea Selatan mengambil masa untuk membuat keputusan memindahkan penumpang, menurut transkrip yang dikeluarkan pada Ahad. Dalam saat-saat terakhir sebelum feri itu mencondong, seorang kru di mana id… Read More
  • Wanita maut di Taman Negara BakoSantubong : Seorang wanita maut manakala 11 rakan serta 12 anggota pasukan penyelamat terperangkap di Bukit Timah, Taman Negara Bako di sini tengah malam tadi. Loe Xie Yann, 20, yang disahkan meninggal dunia selepas pengsan p… Read More
  • Tiga maut kereta bergesel Kapar: Tiga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kemalangan di Jalan Haji Abdul Manan, di sini, malam tadi. Kemalangan kira-kira 9.30 malam itu turut menyebabkan empat yang lain parah. Kemalangan … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan