Ahad, 27 April 2014

Aisberg seluas Singapura mula hanyut

WASHINGTON: Saintis kini memantau aisberg sebesar negara Singapura, salah satu rekahan ais terbesar yang pernah wujud. Ia pecah daripada glasier Antartika dan sedang menuju lautan terbuka. 

Pakar glasier NASA, Kelly Brunt pada Rabu lalu berkata, aisberg itu meliputi kawasan seluas 660 kilometer persegi dan setebal 500 meter. 


Dikenali sebagai B31, aisberg itu terpisah daripada Glasier Pulau Pine Antartica pada November lalu, kata Brunt. 

Gambar hiasan


“Ia adalah ketulan ais cukup besar untuk mencetuskan pemantauan,” kata Brunt dalam perbualan telefon, sambil mengesahkan pertubuhan kerajaan termasuk Pusat Ais Kebangsaan yang memerhatikan beberapa aisberg pada satu-satu masa. 

Lokasi terkini aisberg itu bukanlah kawasan yang dipenuhi laluan kapal. 

“Tiada banyak kapal melalui kawasan ini. Kami tidak bimbang mengenai laluan kapal. Kami tahu semua lokasi aisberg besar,” katanya. 

Saintis amat tertarik dengan aisberg ini bukan saja disebabkan saiz besarnya tetapi ia berasal daripada lokasi yang tidak dijangka, kata Brunt. “Ia seperti kepingan kek yang terapung di Lautan Selatan,” katanya. 
Rekahan glasier yang menghasilkan aisberg itu kali pertama dikesan pada 2001, menurut Brunt, seorang saintis di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA dan Universiti Negeri Morgan di Maryland. 

Pulau Glasier Pine sudah dikaji secara dekat sejak dua dekad lalu kerana ia kian menipis dan mencair pantas. Ia mungkin penyumbang utama peningkatan paras air laut, kata saintis. 

Mereka berkata, aisberg itu sudah terapung di sekitar Teluk Pulau Pine, kawasan perairan Laut Amundsen dan kemungkinan besar akan hanyut kerana arus deras Lautan Selatan. - REUTERS

Related Posts:

  • Dentuman plaza tol Kajang: “Saya tergamam apabila sebuah kereta merempuh kuat konkrit penghadang di tengah plaza tol,” kata pekerja Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam. Menurutnya, dalam kejadian jam 9 pagi itu… Read More
  • (Al-Fatihah) Sidek Hussain meninggal dunia SIDEK ketika dirawat di HKL. FOTO FAIL NSTP Kuala Lumpur : Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat. Sidek dimasukkan ke HKL pa… Read More
  • Pengantin perempuan meninggal dunia 3 jam sebelum majlis bersanding Gambar kosmo Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam sebelum majlis persanding mereka bermula semalam. Mangsa, Junaida Ja… Read More
  • MaGIC sediakan peluang usahawan muda merealisasi impian CYBERJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang baharu menyediakan peluang kepada usahawan muda Malaysia merealisasikan impian mereka. "Jika k… Read More
  • Hari terbuka KLIA2 Sepang: Bagi memberi peluang orang ramai mengenali terminal terbaru KLIA2, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menganjurkan Hari Terbuka pada hari ini. Pengurus Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB Datuk Azmi Murad b… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan