Isnin, 28 April 2014

Blues malukan Reds di Anfield

CHELSEA masih mengancam kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 dalam aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi.

PEMAIN Liverpool Luis Suarez (tengah) diasak pemain Chelsea Branislav Ivanovic. FOTO AFP

Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan pada masa tambahan babak pertama dan kedua perlawanan.
Kesilapan kapten Reds, Steven Gerrard yang terjatuh ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Demba Ba meluru ke arah pintu gol sebelum mengelirukan penjaga gol Simon Mignolet dengan tolakan tenang di celah kangkangnya bagi membuka tirai jaringan pada babak pertama.

Ketika Reds mengasak kubu Blues memburu gol penyamaan pada babak kedua, dua pemain gantian Fernando Torres dan Willian berganding kemas apabila melakukan serangan balas pantas sekali gus menghasilkan gol kedua apabila Torres mudah mengumpan kepada Willian di sebelah kanan dengan hanya Mignolet perlu ditewaskan.
Kemenangan Chelsea itu sekali gus merencatkan sedikit usaha pendahulu liga Liverpool yang mengimpikan kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun.-myMetro

Related Posts:

  • EPL: Moyes dipecat minggu ini? KUALA LUMPUR:Pengurus Manchester United David Moyes dikhabarkan bakal dipecat dari jawatannya oleh pemilik kelab itu , keluarga Glazer, lapor beberapa akhbar Britain.Menurut The Guardian semuanya ekoran prestasi merudum p… Read More
  • Chelsea tanpa Cech, Terry hingga akhir musim MADRID: Penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan Atletico Madrid, sekali gus menggugat peluang pasukan itu dalam sain… Read More
  • Blues malukan Reds di Anfield CHELSEA masih mengancam kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 dalam aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi. PEMAIN Liverpool Luis Suarez (tengah) diasak pemain Chelsea Branislav Iva… Read More
  • Halangan besar terakhir Reds Liverpool: Liverpool akan cuba melepasi halangan besar terakhir dalam laluan untuk meraih gelaran Liga Perdana untuk kali pertama sejak 1990 apabila menanti kunjungan pasukan tangga ketiga, Chelsea ke Anfield malam ini. Kem… Read More
  • Bekas Jurulatih Barcelona Meninggal Dunia Bekas jurulatih Barcelona, Tito Vilanova telah melawan kanser sejak 2011, dan semalam jurulatih tersebut telah meninggal dunia.  Beliau telah dikesan mempunyai tumor di tekaknya pada 2011 dan melepaskan jawatan s… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan