Jumaat, 2 Mei 2014

Review The Amazing Spiderman 2 : Rise of Electro


Seperti yang dijangka, panggung penuh sehingga ke tempat duduk paling hadapan. Ramai yang mengharapkan sequel untuk The Amazing Spiderman ini akan menjadi lebih hebat dari sebelumnya.
Dan bagi saya itulah yang diberikan oleh pengarah Marc Webb kepada semua penonton. Penuh aksi, perwatakan Spiderman yang sangat lincah dan relax, visual effect yang hampir sempurna dan terperinci sekali, angel camera yang baik, ada juga lawak jenaka yang membuatkan penonton ketawa dan ada juga scene yang menyentuh emosi semua.


Pelbagai watak baru muncul dalam sequel kali ini, seperti Jamie Foxx yang memegang watak Electro dengan begitu baik sekali, dan sedikit menyentuh emosi dan kadang kala dia lebih menonjol dari Andrew Garfield sebagai Peter Parker/Spiderman. Watak Dane Dehaan sebagai pewaris empayar Oscorp juga tidak kurang baiknya. Chemistry antara Andrew Garfield dan Emma Stone juga sangat kuat berbanding filem sebelum ini.


Sequel kali ini banyak menekankan tentang kehidupan Peter Parker selepas kejadian Dr Curt Connors/Lizard, hubungan Peter Parker bersama mak ciknya, percintaan Peter dan Gwen dan juga rahsia ayah Peter bersama Oscorp yang tersembunyi. Dan satu spoiler yang saya boleh beri kepada anda ialah, Peter tidak menggunakan Bing sebagai search enginenya lagi,  dia sudah tahu tentang Google!

Filem ini memang wajib tonton. Anda perlu menonton sendiri filem ini dan lihat sendiri kelincahan Spiderman dalam filem ini. Dan Electro akan memukau anda. 

4/5 Bintang.

0 ulasan:

Catat Ulasan