Isnin, 28 April 2014

Dentuman plaza tol

Kajang: “Saya tergamam apabila sebuah kereta merempuh kuat konkrit penghadang di tengah plaza tol,” kata pekerja Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam.
Menurutnya, dalam kejadian jam 9 pagi itu, dia mendakwa sedang bertugas tidak jauh dari pondok tol berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.


“Kebiasaannya pemandu kenderaan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri plaza tol ini namun, kereta Peugeot 408 milik mangsa gagal berhenti sebelum merempuh binaan batu konkrit itu.
“Orang ramai dan petugas plaza tol bergegas membantu mangsa, namun mendapati lelaki terbabit sudah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai S Aravin, 32, dan bekerja sebagai pegawai bank.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Kajang ke Nilai, Negeri Sembilan ketika kejadian.
“Bagaimanapun ketika mangsa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tembok penghadang berhampiran pondok tol menyebabkan kenderaannya remuk teruk.

“Malah mangsa yang mengalami parah di kepala gagal diselamatkan dan maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.-myMetro

Related Posts:

  • Pesawat Firefly pula terpaksa berpatah balik Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang, 15 minit selepas belepas pagi ini disebabkan masalah teknikal. “Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 m… Read More
  • (Video) Bayangan hantu menolak bola ke tiang gol? Penonton bola sepak dikejutakan dengan bayangan seperti hantu berlari kearah penonton ketika menonton satu perlawanan di Bolivia Bayangan misteri yang berbentuk seperti manusia sempurna itu muncul dan kelihata… Read More
  • Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala ked… Read More
  • Pilihanraya Bukit Gelugor 25 Mei ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei dan penamaan calon akan ditetapkan pada 12 Mei ini.  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata… Read More
  • Bible diharamkan di semua hotel di Pahang Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) telah mengharamkan semua hotel di Pahang untuk meletakkan sebarang bahan bacaan agama selain dari Islam didalam bilik hotel mereka.  Menurut Timbalan Pengarah MAIP Datuk Seri Wan Abd… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan