Ahad, 27 April 2014

Halangan besar terakhir Reds

Liverpool: Liverpool akan cuba melepasi halangan besar terakhir dalam laluan untuk meraih gelaran Liga Perdana untuk kali pertama sejak 1990 apabila menanti kunjungan pasukan tangga ketiga, Chelsea ke Anfield malam ini.
Kemenangan buat Brendan Rodgers akan menyingkirkan Chelsea dalam perebutan gelaran dan Liverpool hanya memerlukan empat mata daripada dua perlawanan terakhir menentang Crystal Palace dan Newcastle United untuk mendapatkan takhta gelaran EPL. 
Andai Liverpool menang dan City tewas pada perlawanan mereka menentang Palace selepas itu, kelab Merseyside itu sudah boleh mengesahkan trofi Liga Perdana milik mereka seawal minggu depan. 

Kejayaan Liverpool mencatat 11 kemenangan berturut-turut dan gelaran kian hampir dalam genggaman dengan suasana semakin memuncak di Anfield, Rodgers menafikan kebimbangan berikutan dakwaan pemainnya tidak mampu menyerap tekanan jangkaan.
“Saya rasa setiap orang sedang bercakap mengenai tekanan tetapi saya rasakan ia adalah Manchester City atau Chelsea disebabkan wang yang banyak dibelanjakan dan harapan diletakkan untuk memenangi liga,” kata pengurus Liverpool itu.-hmetro

Related Posts:

  • EPL: Moyes dipecat minggu ini? KUALA LUMPUR:Pengurus Manchester United David Moyes dikhabarkan bakal dipecat dari jawatannya oleh pemilik kelab itu , keluarga Glazer, lapor beberapa akhbar Britain.Menurut The Guardian semuanya ekoran prestasi merudum p… Read More
  • Chelsea tanpa Cech, Terry hingga akhir musim MADRID: Penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan Atletico Madrid, sekali gus menggugat peluang pasukan itu dalam sain… Read More
  • Perhitungan final Federer, Wawrinka Monte Carlo, Monaco: Roger Federer dan Stanislas Wawrinka mara mudah ke perlawanan akhir Masters Monte Carlo, kelmarin sekali gus mencetus pertembungan final dua pemain Switzerland kali pertama dalam tempoh 14 tahun… Read More
  • Presiden PBNJ Tunku Ismail kecewa sedia undur diri ? JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zi… Read More
  • Rodgers Yakin Liverpool Mampu Atasi Tekanan LONDON – Brendan Rodgers percaya pasukannya mampu mengatasi tekanan disebabkan harapan tinggi peminat ketika kelab itu kini berada di laluan untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Liverpool yang menghu… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan