Isnin, 28 April 2014

(Al-Fatihah) Sidek Hussain meninggal dunia

SIDEK ketika dirawat di HKL. FOTO FAIL NSTP

Kuala Lumpur : Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 30 Mac lalu sejurus pengsan di ibu negara ketika membeli barang untuk cucunya dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya sejak lebih tiga dekad lalu itu sejenis kanser pada bulan ini.
Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an.

Pada Jun lalu, Sidek sempat mengerjakan umrah dan dia mengalami susut berat badan serius serta semakin lemah berikutan hilang selera makan.-myMetro

Takziah dari kami di MediaRoket buat keluarga allahyarham Sidek Hussain.Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.



Related Posts:

  • Akibat Tanah Mendap, Jalan Bukit Bintang Ditutup Gambar hiasan Jalan sepanjang 500m di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara Chulan Square ke Menara Worldwide akan ditutup kepada smua jenis trafik, kata Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) sdn bhd hari ini. … Read More
  • Air mata ‘kekasih gelap’ Kuala Lumpur: Cinta membuta tuli terhadap kekasih ‘awang hitam’ membuatkan dua wanita tempatan sanggup menangis dan memaki anggota polis ketika kekasih mereka ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu di sekitar kawasan kondominium,… Read More
  • Pilihanraya Bukit Gelugor 25 Mei ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei dan penamaan calon akan ditetapkan pada 12 Mei ini.  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata… Read More
  • Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala ked… Read More
  • Terkini : Penumpang Cuba Merampas Pesawat Virgin Blue  Virgin Australia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bali selepas seorang penumpang mabuk cuba untuk merampas pesawat setelah cuba untuk masuk kedalam kokpit Tentera udara Indonesia mengatakan pasukannya meng… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan