Isnin, 28 April 2014

(Al-Fatihah) Sidek Hussain meninggal dunia

SIDEK ketika dirawat di HKL. FOTO FAIL NSTP

Kuala Lumpur : Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 30 Mac lalu sejurus pengsan di ibu negara ketika membeli barang untuk cucunya dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya sejak lebih tiga dekad lalu itu sejenis kanser pada bulan ini.
Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an.

Pada Jun lalu, Sidek sempat mengerjakan umrah dan dia mengalami susut berat badan serius serta semakin lemah berikutan hilang selera makan.-myMetro

Takziah dari kami di MediaRoket buat keluarga allahyarham Sidek Hussain.Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.



0 ulasan:

Catat Ulasan