Ahad, 27 April 2014

Kenderaan Rasmi Presiden Barack Obama tercanggih di dunia !






Kenderaan Rasmi  Presiden Barack Obama tercanggih di dunia- Sepanjang 5 meter dan berat 8 tan di lengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm  dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.


Semasa lawatan rasmi beliau, Presiden Barack Obama akan menggunakan khidmat kenderaan rasmi, "Cadillac One" (The Beast) yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan. 

The Beast adalah kereta buatan General Motors keluaran 2009. Ia mempunyai spesifikasi sangat khusus dan berfungsi seolah-olah sebuah kereta kebal.

The Beast berukuran sepanjang lima meter. Beratnya pula adalah lapan tan. The Beast dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik. 

Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan, malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan. Welcome To Malaysia Mr Presiden. 

0 ulasan:

Catat Ulasan