Ahad, 27 April 2014

Halangan besar terakhir Reds

Liverpool: Liverpool akan cuba melepasi halangan besar terakhir dalam laluan untuk meraih gelaran Liga Perdana untuk kali pertama sejak 1990 apabila menanti kunjungan pasukan tangga ketiga, Chelsea ke Anfield malam ini.
Kemenangan buat Brendan Rodgers akan menyingkirkan Chelsea dalam perebutan gelaran dan Liverpool hanya memerlukan empat mata daripada dua perlawanan terakhir menentang Crystal Palace dan Newcastle United untuk mendapatkan takhta gelaran EPL. 
Andai Liverpool menang dan City tewas pada perlawanan mereka menentang Palace selepas itu, kelab Merseyside itu sudah boleh mengesahkan trofi Liga Perdana milik mereka seawal minggu depan. 

Kejayaan Liverpool mencatat 11 kemenangan berturut-turut dan gelaran kian hampir dalam genggaman dengan suasana semakin memuncak di Anfield, Rodgers menafikan kebimbangan berikutan dakwaan pemainnya tidak mampu menyerap tekanan jangkaan.
“Saya rasa setiap orang sedang bercakap mengenai tekanan tetapi saya rasakan ia adalah Manchester City atau Chelsea disebabkan wang yang banyak dibelanjakan dan harapan diletakkan untuk memenangi liga,” kata pengurus Liverpool itu.-hmetro

0 ulasan:

Catat Ulasan