Isnin, 28 April 2014

Dentuman plaza tol

Kajang: “Saya tergamam apabila sebuah kereta merempuh kuat konkrit penghadang di tengah plaza tol,” kata pekerja Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam.
Menurutnya, dalam kejadian jam 9 pagi itu, dia mendakwa sedang bertugas tidak jauh dari pondok tol berkenaan sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.


“Kebiasaannya pemandu kenderaan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri plaza tol ini namun, kereta Peugeot 408 milik mangsa gagal berhenti sebelum merempuh binaan batu konkrit itu.
“Orang ramai dan petugas plaza tol bergegas membantu mangsa, namun mendapati lelaki terbabit sudah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, mangsa dikenali sebagai S Aravin, 32, dan bekerja sebagai pegawai bank.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Kajang ke Nilai, Negeri Sembilan ketika kejadian.
“Bagaimanapun ketika mangsa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tembok penghadang berhampiran pondok tol menyebabkan kenderaannya remuk teruk.

“Malah mangsa yang mengalami parah di kepala gagal diselamatkan dan maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.-myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan