Ahad, 27 April 2014

Hari terbuka KLIA2

Sepang: Bagi memberi peluang orang ramai mengenali terminal terbaru KLIA2, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menganjurkan Hari Terbuka pada hari ini.
Pengurus Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata, program bermula 9 pagi
hingga 5 petang dan dijangka dihadiri 20,000 pengunjung. 




“Tujuan utama program untuk memberi peluang orang ramai melihat KLIA2 dengan lebih dekat, khususnya kemudahan disediakan. 

“Ini juga masa sesuai untuk mereka yang kerap menggunakan pengangkutan udara membiasakan diri dengan persekitaran KLIA2 yang berbeza dengan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT),” katanya, semalam.

Menurutnya, pengunjung yang mendaftar akan diberi pas menaiki pesawat sebagai cenderamata sempena lawatan dan mereka berpeluang mengunjungi jambatan udara KLIA2, yang pertama seumpamanya di Asia.



0 ulasan:

Catat Ulasan