Isnin, 28 April 2014

Blues malukan Reds di Anfield

CHELSEA masih mengancam kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 dalam aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi.

PEMAIN Liverpool Luis Suarez (tengah) diasak pemain Chelsea Branislav Ivanovic. FOTO AFP

Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan pada masa tambahan babak pertama dan kedua perlawanan.
Kesilapan kapten Reds, Steven Gerrard yang terjatuh ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Demba Ba meluru ke arah pintu gol sebelum mengelirukan penjaga gol Simon Mignolet dengan tolakan tenang di celah kangkangnya bagi membuka tirai jaringan pada babak pertama.

Ketika Reds mengasak kubu Blues memburu gol penyamaan pada babak kedua, dua pemain gantian Fernando Torres dan Willian berganding kemas apabila melakukan serangan balas pantas sekali gus menghasilkan gol kedua apabila Torres mudah mengumpan kepada Willian di sebelah kanan dengan hanya Mignolet perlu ditewaskan.
Kemenangan Chelsea itu sekali gus merencatkan sedikit usaha pendahulu liga Liverpool yang mengimpikan kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun.-myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan