Rabu, 30 April 2014

Polis Beri Lampu Hijau Untuk Demostrasi Bantah GST

Polis telah memberi lampu hijau kepada penganjur untuk menggunakan jalan sekitar Dataran Merdeka, walaupun dataran itu ditutup kepada umum. Kata jurucakap perhimpunan 1 Mei S. Arutchelan.


Perhimpunan itu diadalah dengan tujuan untuk membantah perlaksanaan GST atau Goods and Services Tax. Ia akan bermula di tiga tempat sekitar Dataran Merdeka. 
Arutchelvan berkata perhimpunan itu akan bermula pada 2 petang di beberapa tempat sekitar bandar Kuala Lumpur iaitu, KLCC, sebuah pusat membeli belah di Jalan Raja Laut, dari Dataran Maybank dan dari Masjid Negara. Semua peserta akan berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira jam 3 petang. 
Beliau juga berkata 30 pemerhati dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan berada di perhimpunan itu untuk memantau dan memastikan tiada mencabulan hak asasi manusia.
Polis juga melaporkan tiada FRU akan dihantar ke perhimpuanan 1 Mei ini tetapi polis akan tetap mengawal  ketat perhimpuanan itu agar tiada kejadian yang tidak diingini. 
Penganjur perhimpuanan itu terdiri daripada 92 NGO, mereka berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agak perhimpunan aman membantah pelaksanaan GST tersebut tidak menganggu orang ramai dan tidak mencalarkan imej bandar Kuala Lumpur. Mereka mempunyai 1000 sukarelawan yang akan membantu polis polis dan memastikan perjalanan perhimpunan ini lancar. 

Parlimen meluluskan GST pada 7 April, ia akan mengenakan cuka sebanyak 6% bermula April 2015. 

Sumber Malaysian Digest

0 ulasan:

Catat Ulasan