Jumaat, 2 Mei 2014

Water Birth - Kurangkan Sakit Si Ibu?




Water Birth atau bersalin didalam air mungkin perkara baru di Malaysia. Ramai yang masih tidak tahu tentang teknik ini kerana kekurangan infomasi mengenainya. Di luar negara ramai wanita berkongsi tentang pengalaman mereka bersalin dalam air tanpa menggunakan sebarang bius dan ubat. Dan ada yang berani bersalin di rumah sendiri dengan bantuan bidan.



Ada yang berkata water birth ini menenangkan si ibu, ada juga mengatakan sakit bersalin mereka akan berkurangan tetapi ramai yang risau tentang bayi. Apa akan jadi jika kepalanya berada di dalam air dalam waktu yang lama? Tidak perlu risau tentang bayi anda rimas kerana seperti yang kita semua tahu. bayi dalam rahim hidup di dalam uncang air ketuban selama sembilan bulan, dan hospital mempunyai pakar yang tentu tahu tentang hal ini,

Di Malaysia, hospital yang menawarkan water birth ialah Hospital Pantai. Anda yang sedang merancang untuk mencuba water birth boleh menghubungi Pakar Sakit Puan Hospital Pantai di 03-22960888


Seorang Vlogger dari USA berkongsi tentang pengalaman water birth anak lelaki ketiganya . Dia bersalin secara semula jadi tanpa sebarang ubat dan bersalin di rumah sendiri, dengan bantuan bidan professional.




0 ulasan:

Catat Ulasan