Khamis, 24 April 2014

Pilihanraya Bukit Gelugor 25 Mei ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei dan penamaan calon akan ditetapkan pada 12 Mei ini. 
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, seramai 82,431 pengundi akan akan mengundi melibatkan 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi luar dan 28 pengundi tidak hadir luar negara. 
Tarikh pengundian awai ialah 21 Mei, dan Dewan Sri Pinang Georgetown akan menjadi pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. 
"Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka iaitu 17 pusat mengundi biasa dan 4 pusat mengundi awal," katanya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
 PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh, 73, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang

Sumber MalaysiaKini

Related Posts:

  • Mulut murid tahun empat tercucuk besi penutup longkang Kota Kinabalu: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, Kota Kinabalu, nyaris maut apabila sebatang besi sepanjang satu meter tertusuk di pipinya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 … Read More
  • Padah nyala rokok dalam kereta Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu. Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dala… Read More
  • Gambar kerani JPJ maut dalam kemalangan kereta Kota Bharu: Seorang penjawat awam wanita yang juga seorang kerani Jabatan Pengangkutan Jalan, maut manakalanya suaminya pula mengalami kecederaan parah bilamana kereta kancil yang dipandu oleh suaminya itu bertembung deng… Read More
  • Wanita maut di Taman Negara BakoSantubong : Seorang wanita maut manakala 11 rakan serta 12 anggota pasukan penyelamat terperangkap di Bukit Timah, Taman Negara Bako di sini tengah malam tadi. Loe Xie Yann, 20, yang disahkan meninggal dunia selepas pengsan p… Read More
  • 4 gambar polis berjaya menangkap penjenayah yang baru melakukan rompakan Polis Peronda berjaya menahan penjenayah yang dipercayai baru sahaja selesai melakukan rompakan.  Menurut dari sumber yang tidak rasmi, pasukan MPV Polis mengejar penjenayah yang mengguna kereta Toyota Vios itu dari Al… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan