Isnin, 21 April 2014

Transkrip feri Korea Selatan mendedahkan saat cemas

JINDO: Kru feri Korea Selatan mengambil masa untuk membuat keputusan memindahkan penumpang, menurut transkrip yang dikeluarkan pada Ahad.



Dalam saat-saat terakhir sebelum feri itu mencondong, seorang kru di mana identitinya tidak diketahui bertanya kepada seorang pegawai daripada Perkhidmatan Trafik Kapal Jindo (VTS)  jika bantuan sedang dalam perjalanan.

"Kami sedang mencodong. Kami tidak boleh bergerak langsung," kata kru berkenaan.

Dalam mesej berasingan, kru berkenaan berkata bahawa arahan keselamatan tidak dapat disampaikan kepada penumpang kerana sistem PA rosak ketika kejadian.

"Sila menasihati penumpang untuk memakai jaket keselamatan dan memakai sebanyak lapisan baju yang boleh," kata pegawai VTS.

"Adakah penumpang akan terus diselamatkan setelah dipindahkan?" tanya kru itu.

"Suruh mereka memakai jaket keselamatan dan biar mereka terapung. Sekarang!" jawab pegawai VTS dengan tegas.

Anak-anak kapalferi berkenaan telah menerima kritikan kerana lambat memindahkan penumpang, kesilapan besar yang berlaku kerana feri terus tenggelam dengan ratusan penumpang masih terperangkap di dalamnya.

Seorang pakar berkata lebih ramai lagi boleh diselamatkan jika kesemua penumpang dipindahkan sebelum kapal itu mencondong dan dimasuki air.

Transkrip yang dikeluarkan pihak berkuasa Korea Selatan akan membuat lebih ramai ahli keluarga mangsa marah, susulan pergaduhan bersama pihak polis pada hari Ahad atas kelewatan untuk mengambil tindakan.

Sejumlah 59 orang telah disahkan meninggal dunia dan 243 lagi masih hilang.-AstroAwani

Related Posts:

  • Madah cinta berdarah Segamat: “Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di s… Read More
  • Terus berdoa pesawat ditemui Kuala Lumpur: Dewan Negara semalam merakamkan rasa simpati dan sedih terhadap nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, k… Read More
  • Peniaga burger didakwa baling mercun selepas perlawanan Perak-JDT IPOH: Seorang peniaga burger hari ini mengaku tidak bersalah menyebabkan letupan mercun selepas berakhirnya perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim di sini pada Rabu lalu. Mohd Sahir Yahya… Read More
  • Mulut murid tahun empat tercucuk besi penutup longkang Kota Kinabalu: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart, Kota Kinabalu, nyaris maut apabila sebatang besi sepanjang satu meter tertusuk di pipinya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 … Read More
  • Mayat remaja diikat pada kerusi Melaka: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini, malam tadi. Dalam kejadian kir… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan