Ahad, 20 April 2014

Presiden PBNJ Tunku Ismail kecewa sedia undur diri ?


JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang enggan menonton perlawanan dipercayai ada kaitan dengan isu-isu terkini membabitkan pasukan tersebut.

Kepada anda yang begitu mudah sangat mengugut untuk mengosongkan stadium, apa yang anda katakan telah menunjukkankepada saya bahawa anda jelas kurang keyakinan dengan pentadbiran saya selaku Presiden PBNJ.

Maka dengan itu, saya tidak teragak-agak untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada mana-mana individu yang anda fikirkan layak, katanya dalam satu kenyataan yang diposkan di dalam laman sosial, Facebook  rasmi pasukan JDT dan JDT II hari ini.

Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail turut menyeru para penyokong supaya bersyukur dengan pasukan bola sepak yang telah dibentuk sekarang termasuk barisan pemain, jurulatih dan penaja pasukan yang membuatkan mereka mampu bersaing.

Perlu juga dilihat dari sudut yang positif dan usah hanya memandang kepada yang negatif, lakaran tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan nafas baharu untuk kita terus bersaing.

Kita juga harus menjadi contoh sebagai sebuah persatuan bola sepak yang profesional di Malaysia khususnya, katanya. Credit Utusan 

Related Posts:

  • Rodgers Yakin Liverpool Mampu Atasi Tekanan LONDON – Brendan Rodgers percaya pasukannya mampu mengatasi tekanan disebabkan harapan tinggi peminat ketika kelab itu kini berada di laluan untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Liverpool yang menghu… Read More
  • Perhitungan final Federer, Wawrinka Monte Carlo, Monaco: Roger Federer dan Stanislas Wawrinka mara mudah ke perlawanan akhir Masters Monte Carlo, kelmarin sekali gus mencetus pertembungan final dua pemain Switzerland kali pertama dalam tempoh 14 tahun… Read More
  • Chelsea tanpa Cech, Terry hingga akhir musim MADRID: Penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan Atletico Madrid, sekali gus menggugat peluang pasukan itu dalam sain… Read More
  • Presiden PBNJ Tunku Ismail kecewa sedia undur diri ? JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zi… Read More
  • EPL: Moyes dipecat minggu ini? KUALA LUMPUR:Pengurus Manchester United David Moyes dikhabarkan bakal dipecat dari jawatannya oleh pemilik kelab itu , keluarga Glazer, lapor beberapa akhbar Britain.Menurut The Guardian semuanya ekoran prestasi merudum p… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan