Rabu, 23 April 2014

Chelsea tanpa Cech, Terry hingga akhir musim


MADRID: Penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan Atletico Madrid, sekali gus menggugat peluang pasukan itu dalam saingan kejuaraan itu dan Liga Perdana Inggeris. 

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, berkata ketua pasukan, John Terry juga akan terlepas baki saingan Liga Perdana Inggeris akibat kecederaan kaki yang dialami pada separuh masa kedua perlawanan itu. 

Berbeza dengan Cech, Terry masih boleh pulih dan beraksi pada perlawanan akhir pada 24 Mei depan  jika Chelsea berjaya mara. 

Cech, 31, mengalami kecederaan bahu akibat terjatuh selepas menghalang asakan Raul Garcia semasa sepakan sudut Atletico pada minit ke-17. 

“Musim Petr Cech sudah berakhir. Jangan tanya saya soal teknikal tetapi musimnya sudah berakhir," kata Mourinho. “Dan John - kami perlu bermain di final untuk beliau bermain dengan kami." 

Chelsea akan berhadapan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam perlawanan penentuan kejuaraan dan perlawanan separuh akhir kedua dengan Atletico Rabu depan. - AFP











Related Posts:

  • Piala Thomas Milik Jepun Tahniah Jepun! Piala Thomas 2014 milik Jepun dalam persaingan sengit antara Liew Darren dan Takuma Ueda dalam set penentuan 12-21, 21-18, 17-21. Permain beregu kedua kita berjaya untuk menyelamatkan Malaysia da… Read More
  • Harimau lemau Cebu: Skrip sama berulang apabila skuad Harimau Malaya sekadar seri tanpa jaringan dengan Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa yang menyaksikan penyerang Mohd Safee Sali gagal menyempurnakan sepakan penalti pada lewa… Read More
  • Blues malukan Reds di Anfield CHELSEA masih mengancam kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 dalam aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi. PEMAIN Liverpool Luis Suarez (tengah) diasak pemain Chelsea Branislav Iva… Read More
  • Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia. - Liew Darren “Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia.” Demikian antara ungkapan pertama kapten skuad negara, Liew Daren selepas dilihat berjuang habis-habisan sebelum tewas kepada Takuma Ueda pada perlawanan penentuan sekali gus m… Read More
  • Halangan besar terakhir Reds Liverpool: Liverpool akan cuba melepasi halangan besar terakhir dalam laluan untuk meraih gelaran Liga Perdana untuk kali pertama sejak 1990 apabila menanti kunjungan pasukan tangga ketiga, Chelsea ke Anfield malam ini. Kem… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan