Rabu, 23 April 2014

14 cedera, dua parah kedai makan dihempap pokok di Taiping

Gambar hiasan

TAIPING: Seramai 14 orang cedera termasuk dua parah selepas sabatang pokok tumbang dan menimpa sebuah kedai makan di Kampung Tapah, Sungai Bayor, Selama dekat sini, jam 7.30 pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Penolong Penguasa Mohd Fadzeli Che Husin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersarapan pagi di kedai berkenaan. 


Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk seorang kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Selama untuk mendapatkan rawatan lanjut. 


"Dua yang parah cedera di bahagian kepala dan muka, dan mungkin akan dipindahkan ke Hospital Taiping manakala yang lain cedera ringan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan