Khamis, 24 April 2014

Maxis menawarkan Trade-in dan dapatkan iPhone 5s dari RM0

Anda mempunyai iPhone 4/4S, Samsung Galaxy S3  atau Note 2? Dan anda inginkan iPhone 5s? Maxis mengumumkan satu program trade in , memboleh anda menukar  iPhone 4/4S, Samsung Galaxy S3  atau Note 2 anda dan membeli iPhone 5s dengan harga diskaun atau percuma! 


Jika inginkan Iphone 5s secara percuma, anda mesti mempunyai Galaxy Note 2 dan perlu membeli pakej yang paling mahal dari telco tersebut. 

Program ini telah bermula sekarang sehingga 31 July 2014, Maxis hanya menerima iPhone 4/4S, Samsung Galaxy S3  atau Note 2; telefon lain tidak diterima. Antara syarat lain ialah;
Anda akan diikat selama 24 bulan secara kontrak 
Pelanggan Maxis kurang dari setahun akan dikenakan bayaran muka
Untuk melanggan pakej ini, anda hanya perlu membawa telefon lama anda (tak perlu kotak, pengecas atau aksesori) ke Pusat Servis Maxis seluruh Malaysia. Trade in telefon anda, tandatangan kontrak anda, dan anda akan mendapat telefon baru!
Dibawah ini terdapat pakej yang ditawarkan serta harganya,


Berapa jimatkah anda jika anda melanggan tawaran ini?

Jika anda bukan pelanggan Maxis atau mempunyai pakej kurang setahun, anda akan dikenakan bayaran muka.


Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Maxis  atau ke Pusat Servis Maxis berhampiran

0 ulasan:

Catat Ulasan