Khamis, 24 April 2014

Pilihanraya Bukit Gelugor 25 Mei ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei dan penamaan calon akan ditetapkan pada 12 Mei ini. 
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, seramai 82,431 pengundi akan akan mengundi melibatkan 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi luar dan 28 pengundi tidak hadir luar negara. 
Tarikh pengundian awai ialah 21 Mei, dan Dewan Sri Pinang Georgetown akan menjadi pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. 
"Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka iaitu 17 pusat mengundi biasa dan 4 pusat mengundi awal," katanya di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
 PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh, 73, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang

Sumber MalaysiaKini

0 ulasan:

Catat Ulasan