Ahad, 20 April 2014

MUTAKHIR Feri karam di Korea: Angka kematian kini 56 orang

JINDO: Tujuh lagi mayat ditemui hari ini di dalam badan feri Korea Selatan yang karam Rabu lalu, kata pengawal pantai.

Berikutan itu, setakat ini seramai 56 orang disahkan mati dan 246 masih hilang manakala mereka yang berjaya diselamatkan kekal pada 174 orang. 
SEORANG ahli keluarga penumpang feri Sewol dihalang oleh pihak polis ketika melakukan protes untuk mendesak bermesyuarat dengan Presiden Park Geun-hye serta menuntut operasi mencari dan menyelamat dipercepatkan di Jindo, hari ini. - Foto Reuters


Terdahulu, pada tengah hari tadi, 13 mayat ditemui dalam badan feri Korea Selatan berkenaan. 


“Tiga belas lagi mayat baru saja dibawa naik. Angka korban kini mencecah 49 orang,” kata jurucakap pengawal pantai.

Difahamkan, lapan daripada mayat berkenaan adalah lelaki dan dua perempuan.

Semalam, tiga mayat berjaya dibawa keluar apabila ratusan mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam feri Sewol seberat 6,825 tan itu.

Daripada 476 penumpang di atas kapal, lebih 350 adalah pelajar dari sekolah tinggi di bandar Ansan, selatan Seoul. - Agensi 

0 ulasan:

Catat Ulasan