Sabtu, 26 April 2014

Hasil Seni Eksklusif Saiful Nang Dijual Untuk Kebajikan Anak Yatim

Niat murni seorang jurugambar terkenal, Saiful Nang menjual hasil karyanya yang eksklusif harus dipuji. Tidak ramai manusia yang sanggup memberi semua keuntungan hasil karya mereka untuk kebajikan anak yatim. 


Saiful Nang telah berkunjung ke Tanah Suci dan mengambil gambar-gambar pemandangan sekitar Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan banyak lagi sekitar Tanah Suci. Beliau telah mencetak hasil karyanya dalam pelbagai jenis dan saiz. Serta menggunakan kertas dan bingkai kualiti tinggi yang tahan lama untuk kepuasan peminat hasil karyanya.  Cetakan gambarnya juga ditanda tangan Saiful Nang sendiri  yang membuatkannya lebih eksklusif. 

Saiful Nang berkata hasil jualan akan digunakan untuk membangunkan sebuah sekolah anak yatim dan asnaf dan berharap dapat memberi pendidikan terbaik untuk mereka.


Video dibawah menunjukkan Saiful Nang memberikan maklumat mengenai hasil karyanya dan menunjukkan serba sedikit hasil cetakan yang sudah dibingkaikan.

Orang ramai boleh berkunjung ke Galeri CS di Puchong yang terletak bertentangan dengan IOI Mall dan membeli hasil karya yang indah ini sambil menderma kepada anak yatim.


Ia dibuka setiap Sabtu Ahad dan boleh menghubungi Galeri CS di 0380766878 atau En Zaidi 0122305161 (Whatsapp) 

-Artikel dari MediaRoket

0 ulasan:

Catat Ulasan