Rabu, 23 April 2014

Akan datang! "iPhone 6"


iphone-6-hero
iPhone adalah antara telefon pintar paling terkenal dan antara yang paling banyak dijual di dunia. Pengguna tegarnya sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Dan Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone versi baru pada September ini dan ini membuatkan semua orang teruja ingin melihat teknologi apa yang ditawarkan syarikat teknologi gergasi ini


Minggu ini khabar angin mengenai iPhone 6 atau Iphone Air milik Apple makin meningkat dengan mendadak. Kebanyakkan nya berkata tentang saiz skrin yang dijangka akan dibesarkan.

Apple sedang bereksperimen dengan pelbagai saiz skrin, khabar angin mengatakan bahawa saiz skrin antara 4.7 inci ke 5.5 inci, nampaknya Apple sudah mula bersaing dengan Android dan Windows yang sudah lama menggunakan skrin besar dalam perantinya. Apple juga sedar bahawa pengguna tegar iPhone mahukan paparan lebih besar.
iphone5s-6
Paparan 4 inci (kiri) vs paparan 4.7 inci (kanan) 
Apple dijangka akan mengumumkan model bersaiz 4.7" pada bulan September tahun ini, dan model 5.5" hanya akan ada pada hujung tahun ini. iPhone 6 juga akan menggunakan durable Sapphire display  untuk kali pertama dan akan menipiskan saiznya. Apple memang terkenal dengan menipiskan semua perantinya. 



Khabar angin tentang iPhone yang lebih besar bermula sejak tahun December 2012, apabila seorang analisis mengatakan wujudnya sebuah prototaip iPhone 6 dengan skrin sebesar 4.8 inci. Dan pada January 2013, satu khabar angin mengatakan Apple akan mengumumkan "iPhone Math" bersaiz 4.8 inci bersama Iphone 5s.

Sapphire boule  
Apple sekarang menggunakan Gorrila Glass yang mudah pecah dan retak untuk iPhonenya. Mungkin pada iPhone 6 Apple akan menaik taraf dan menggunakan sapphire crystals untuk skrinnya. Sapphire crystal, yang digunakan di dalam elemen kecil iPhone 5s, seperti lens kamera dan butang home dikatakan sangat mahal untuk dikilangkan dalam kuantiti banyak. Namun, baru-baru ini Apple bersatu dengan GT Advanced untuk terus mengeluarkan sapphire crystal ini, dan dengan usaha sama ini Apple dapat mengurangkan kos produksinya.


Apple iOS selalunya akan diumumkan bersama model baru. iOS 8 juga dijangkakan akan diumumkan bersama iPhone 6 dan akan dilengkapi dengan "Healthbook" yang akan digunakan dengan iWatch yang akan dilancarkan untuk memantau tekanan darah, denyutan nadi kadar glukosa dan banyak lagi. Oleh kerana iOS 7 memperkenalkan rekaan baru, iOS 8 akan mengekalkan rekaan tersebut, mereka hanya meletakkan fokus kepada menambahbaikan sistemnya.

Pelbagai maklumat yang didakwa bocor mengenai iPhone 6 ada di internet. Seperti skrin hadapan, rekaan seakan iPod. menimbulkan banyak tanda tanya adakah ia betul atau sekadar untuk menarik perhatian.

iphone_6_front_panel_weibo
iphone_6_mold_comp_2



Dan pada Februari, sekeping gambar menunjukan kononnya konsep iPhone 6 yang rekaannya seakan iPod tetapi lebih nipis dan skrin bersaiz 4.7 inci dengan bucu yang lebih bulat. 
BgTASn4CcAEID0L.jpg-large


Hanya Apple yang boleh menjawab khabar angin tentang iPhone 6 ini, dan kita hanya mampu menantikan bulan September ini untuk mengetahui semua persoalan tentang iPhone 6 ini. 

Sumber Macrumors 





















0 ulasan:

Catat Ulasan