Khamis, 24 April 2014

BMW memperkenalkan BMW 420i Coupe


BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan BMW 420i Coupe semalam, 
Dengan harga RM299,800, BMW 420i Coupe akan mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai negara nombor satu dalam penjualan kereta berjenama premium. 
Ketua Pegawai Eksekutif, Gerhard Pils berasa yakin BMW 420i akan terus memberi kepuasan kepada pemandu serta akan memberi dinamik luar biasa dan keselesaan untuk memandu kepada pelanggan di Malaysia. 
"Model baru BMW 420i Coupe akan memberi pelbagai rangkaian coupe untuk pelanggan menikmati nikmat sebenar sebuah kereta premium dua pintu," katanya dalam satu kenyataan.

BMW 420i yang terbaru ini ditawarkan lima warna iaitu alpine white, black sapphire, midnight blue, mineral grey and leather dakota black. 
Sumber Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan