Rabu, 23 April 2014

Tak Bayar Hutang PTPTN 20 Bulan Terus Kena 'Blacklist'!

PTPTN Bertindak Untuk Menyenarai Hitam Nama Peminjam Yang Gagal Membuat Pembayaran Selama 20 Bulan.  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenarai hitamkan nama peminjam sekiranya tiada bayaran yang diterima dalam tempoh 20 bulan. Ketua Eksekutifnya, Agos Cholan berkata PTPTN tidak mengambil tempoh singkat untuk menyenaraikan seseorang peminjam sebaliknya memberi tempoh yang mencukupi. 



Setakat Ini, Jumlah Peminjam Yang Telah Disenarai Hitam Adalah Seramai 130,000

Setakat ini, seramai 130,000 peminjam disenarai hitamkan namun seramai 45,000 tampil untuk berunding dengan PTPTN agar nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu.

Bagi peminjam yang kita senarai hitamkan biasanya mengambil masa selama 20 bulan baru‎ kita senarai hitamkan. Kita mengambil langkah mesra bukan tak bayar sebulan terus senarai hitam."

"Mulanya peringatan, tiga bulan selepas itu notis pertama, notis kedua dan notis ketiga setiap tiga bulan kemudian baru surat tunjuk sebab. Tak bayar juga baru kita masukkan dalam senarai hitam‎," jelas Agos.

Sekatan Imigresen Merupakan Langkah Terakhir Yang Akan Dikenakan Kepada Peminjam Sekiranya Segala Usaha Lain Sebelumnya Gagal

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sekatan imigresen adalah langkah paling akhir digunakan setelah beberapa pendekatan sebelumnya gagal.

“PTPTN menggunakan pendekatan mesra pelanggan. Kita tidak membuat hukuman kepada penerima deposit kita. Sekatan imigresen itu sebenarnya yang terakhir kita buat setelah mengambil beberapa pendekatan." -negarakita.com

0 ulasan:

Catat Ulasan